Want your
own Fotopage?







 


By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 2-Jul-2006 04:59 Email | Share | Bookmark
Bun Asas Dari Chef Anuar

masa tengah proofing
tunggu giliran nak bakar
taraaaaaaaaaaa.... dah siap
kita buat bun guna Chef Anuar punya resipi. Lebih senang. Hasil memang gebus & mulus. Kita boh inti kelapa . sebelum bakar kita just sprinkle sedikit air dan tabur dessicated coconut... betul ker eja tu??? ala kelapa dalam tin yang kita wat biskut tu...

Happy viewing!!!

Bun Asas
Source : Chef Anuar
Sumbangan: nhuda@cari.com


Bahan-bahan
400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)
12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh) - kalau guna freash yeast double the quantity
1 gm bread improver (optional)
6 gm garam
50 gm telur (approx. 1 biji gred B)
48 gm gula castor
12 gm tepung susu (susu anak pun boleh)
60 gm marjerin
190 ml air

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati
2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tangan
3. Tutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size
4. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 - 10 min.
5. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan.
6. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda.
7. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190C selama 15-20 min

Note
1. Pesan Chef, jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air.
2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan.
3. Nak suruh doh naik cepat senang jer, masukkan dlm kereta yg tertutup (ni chef ajar)/panaskan oven, tutup, pastu masukkan doh. mmg naik tak hengat/ masukkan dalam kotak


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net