By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Jan-2012 09:57 Email | Share | Bookmark
Lempeng Bodo Kuah Durian

 
 
 
Tau tak kenapa akak panggil lempeng bodo? sebab bahan yang ringkas tapi sedap di makan kalau kena regunya.



2 cawan tepung
1 biji telur
sedikit garam
air/susu secukupnya
Pewarna (jika suka)

Satukan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
Panaskan kuali tak lekat, sapu sedikit majerin. Dadarkan adunan. Biar hingga masak.
Hidangkan.


Kali ni akak buat serawa durian. Kalau orang Johor panggil kuah durian. Mentang2 musim durian kan...



Memang terangkat...

Jom buat kuah durian pulak


1 bijik isi durian (nak buang biji boleh, kalau malas masukkan jer)
3/4 cawan gula pasir (kalau nak tambah gula melaka atau brown sugar pun boleh)
1/2 sudu kecil garam
daun pandan


Tambahkan 500 ml pati santan


Tambahkan 500 ml air
Masak api sederhana hingga mendidih dan pekat.


Siap untuk dihidang bersama - roti jala, roti putih, lempeng tepung atau sebagainya...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net