By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Dec-2009 04:14 Email | Share | Bookmark
Daging Goreng Sate dan Nasi Jagung

Nasi Jagung
 
Sate Goreng
Daging korban yang segar, cooked simple as usual. Main campak2 tetapi rupa2nya menepati citarasa Mat Rock. Memang dia pernah minta dibuatkan sate goreng macam emaknya selalu buat. Kita lak tak sempat bersua ngan MIL... tak tau nak buat ikut kehendak dia... tp kali ni dia kata, sama macam dia makan masakan arwah emaknya dulu... Alhamdulillah...


Daging Goreng Sate

1 kg daging
5 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
3 sudu besar sos tiram
1 sudu teh black pepper
1 sudu besar serbuk kunyit
sedikit gula

Gaulkan semua bahan dan perap lebihkurang 1 jam.

4 sudu besar minyak untuk menumis
2 inci halia - hiris
2 besar sudu gula
garam secukup rasa
2 biji bawang besar - dihiris
3 biji cili merah/hijau - hiris serong
1 pokok daun bawang - potong 1 inci panjang
daun sup - optional

Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan daging perap dan halia hingga daging empuk dengan kuali bertutup. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangus.
Apabila air daging sudah separuh kering, masukkan garam dan gula secukup selera, kacau rata.
Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau rata hingga bawang sedikit layu. Tutupkan api dan masukkan daun bawang, gaul rata.
Taburkan daun sup cincang sewaktu menghidang.


Nasi jagung ni buat dah lama. Sate goreng tu buleh jugak dikawankan dengan nasi ni. Mesti sedap.



Nasi Jagung

6 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
6 cawan air
1 cawan susu cair
2 tongkol jagung - asingkan dr tongkolnya
1 inci halia - mayang halus
1 labu bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - hiris
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga & kayu manis
125 gm minyak sapi (1 tin kecil)
1 cawan sayur campur
1 cawang daging/ayam cincang
1 batang lobak merah parut
2 sudu teh lada putih
garam secukup rasa

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Masukkan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia (masukkan daun pandan jika ada). Tumis hingga. naik bau.
2. Masukkan ayam/daging cincang, kacau rata. Kemudian masukkan jagung dan sayur campur.
3. Masukkan beras dan gaul hingga rata dan sebati. Masukkan air, lada putih, garam dan lobak merah. Gaul.
4. Alihkan periuk letrik. Biarkan nasi masak hingga hampir kering. Tuangkan susu. Taburkan kismis dan gajus jika mahu. Biarkan nasik tanak dan kering sepenuhnya.
5. Sedia untuk dihidang.


*Note
Taburkan dengan bawang goreng, daun bawang dan daun sup yg dihiris.
Boleh dihidang bersama ayam masak merah, dalca dan acar.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net