By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 20-Jul-2009 16:22 Email | Share | Bookmark
Ayam Mayonis

 
Mari cuba yang ni pulak... sedap tau... tak percaya?! hah... cuba la. Sayang pulak tengok mayonis berlebihan tu, so, cari ler alternative camana nak perabih... ni la jadinya. Sebelum ni mmg pernah terbaca masakan yang dimasukkan mayonis, cuma tak tau sukatan jer. apalagi, wa pun belasah jer lah...


Ayam Mayonis

4 ketul peha ayam di goreng
1 batang seleri - potong serong
2 sudu besar cedawan hiris dalam tin
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan mayonis
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

bahan hiris:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

bahan hiasan:
1/2 biji bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
1 biji cili hijau - hiris serong


Panaskan minyak dalam kuali tumiskan cili kisar. Kacau rata hingga garing dan pecah minyak.

Masukkan bahan hiris dan kacau hingga naik bau. Masukkan sos cili, cendawan, seleri, garam dan gula secukupnya. Masukkan air dan kacau rata hingga mendidih. (Nak cepat masukkan air panas).

Masukkan ayam dan mayonis, kacau rata. Tutup api dan masukkan bahan hiasan dan gaul hingga semua bahan sebati.

Hidangkan bersama nasi panas.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net