By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 11-Jan-2009 16:02 Email | Share | Bookmark
Dinner 11-01-2009

 
Talapia Goreng
Patin Tempoyak Terung Asam
Capcai Udang
Lepas lunch tadi, kita terus ke supermarket cari barang dapur yang dah lama kering. Setelah sekian lama ada 'chef' yang bertugas, agak jemu gak, terasa nak makan masakan sendiri. Si Iman pun dah sound, 'malam ni mama masak ye'... Semangat nak masak tu berkobar2 sebab 2 hari lepas Kak Rusiah (officemate) bagi terung asam 2 biji. Somebody from Sabah bawak untuk dia... banyak katanya. Pernah makan masa kat rumah Kak Dee di Kuching dulu. Kalau kat Semenanjung mmg tak der ler nak jumpa. Tu lah... ingat nak masak ikan salai dengan terung asam. Lama benor ikan salai pemberian Kak Dee tu tersadai dalam peti sejuk tu...

Tapi bila petang nak masak lain lak jadinya. Abang Mat Rock, Pak Tam datang dengan familinya dari Port Dickson. Pak Tam ni main terjah jer... seb baik stock lauk ada. Saki baki ikan sungai yang kita frozenkan. 2 ekor talapia dan 1 ekor patin sungai. Mai dari Pahang tu beb... Pastu ada gak tempoyak... peh!!! dah cantik ni...

Makanya menu pun jadi la begini
1. 1 ekor talapia goreng sahaja
2. Patin Tempoyak Terung Asam + 1 ekor talapia
3. Sayur campur dengan udang



Lichin beb ... mungkin ada 2 sebab... memang aku masak sedap atau sebab diorang memang dah lapor...

Meh tengok... kita masak ni main campak baling jer... lagipun dah lama tak der entry pasal masakan nih... lama kita cuti...


yang ni masak senang jer - kes nak cepat

Talapia Goreng

1 ekor talapia - dibersihkan, gaul garam + kunyit - perap sekejap
3 butir bawang merah - hiris
cili bengala, tomato ceri - untuk hiasan
minyak utk menggoreng

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan hingga masak. Angkat dan letak dalam pinggan.
Dalam minyak yang sama, goreng bawang hiris sehingga layu. Angkat dan tabur di atas ikan tadi.
Hias dengan cili bengala dan tomato ceri.

Kat bawah ni resipi orang Pahang tapi kita dah kawinkan dengan Negeri Sarawak . Meh tengok... pastu buleh cuba... resipi memang simpel. Kita belajar dari Pak Sedara Mat Rock di Kuala Lipis.

Patin Tempoyak Terung Asam

1 ekor ikan patin - dibersihkan
2 inci kunyit sebesar ibu jari
10 butir cili padi - pedas ni, kalau nak lebih lagi tambah la lagi
3 sudu makan tempoyak
1/2 biji terung asam - potong baji dah hiris nipis (yg ni tak di ajar, kita pandai2 sendirik )
garam secukup rasa

Tumbuk kunyit, garam bersama cili padi hingga lumat. Gaul dengan tempoyak.
Masukkan semu bahan ke dalam periuk dan masukkan air mengikut kuantiti yang dikehendakki.
Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya kira2 15 minit.
Hidangkan.


Capcai ni ikut selera kita la kan. Apa sayur yang ada kita masukkan. Yang penting udangnya..

Capcai Udang

250g udang kertas - buang kepala
1 batang celery - potong serong
15 biji kacang hijau - buang hujungnya
1 batang kecil lobak merah - potong ler ikut suker
bunga kobis - potong kecil
1/4 cili bengala merah - potong kecil
1/4 cili bengala kuning - potong kecil
3 butir bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga naik bau. Masukkan udang, kacau. Masukkan segala sayur dan garam. Tuangkan 1/2 cawan air. Kacau rata semua bahan. Tutup kuali selama 2 minit.
Tutup api bila udang sudah masak. Hidangkan.

Cepatkan??? . Sempoi... tapi sedap ye la... bukan perasan, lichin nasi seperiuk. Kali ni semua hidangan memang clear. Terus buleh cuci periuk.

Sementara diorang makan tu, sempat kita buatkan pizza untuk mereka bawa bekal balik.
Buat 2 keping, satu diorang makan panas2... satu lagi bekalkan untuk makan dalam kereta...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net