Want your
own Fotopage?








 


By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Dec-2008 14:20 Email | Share | Bookmark
Jalan-jalan ke Padang Besar Malaysia-Thailand

ni masih kat Malaysia
 
parking lot yg lengang
masih kurang pengunjung, awal lagi kottt...
dulu taman kecil
penat ronda2... lepak
oder jgn tak oder
emmm... sejukkkk tekak
 
istana hinggap
kat lobby
... mcm 7-11 la jgk
tak sesibuk dulu
 
 
for dinner
petai jeruk utk mat rock
lala masak dgn daun selasih favourite Iman
sambal belacan mesti ada
Kak Nab - the host
Kak Nab & Hubby
Dgn Abg Hassan
 
 
aku suka signboard nih
 
masih wujud lagi restoran nih
 
roti bakar
 
ready nak meronda
tak sesibuk dulu
lengang
 
 
 
 
berkenan tp x der saiz... hampeh...
tak der kat mesia
kawan mat rock
nak yg hijau tu, tp duit dah habis
posing sblm balik mesia
road to imigration
 
 
 
 
 
 
 
 
 
welcome home...
Ni kisah gi jalan2 ke Utara la nih. Tujuan sebenar nak gi kenduri masuk jawi (bersunat) anak buah kat rumah abang di Perlis. Tapi seperti biasa bila dah tiba ke sana, tempat paling tak pernah lupa dikunjungi adalah Padang Besar . Shopping heaven (bg orang macam kita nih) la boleh dikatakan ... bukan beli banyak pun... saja suka2 jamu mata. Kalau berkenan baru beli. Kita ni rajin menambah tukun di dapur - periuk, kukusan, loyang, sudip... pendekata apa yang rasa perlu la(walau pun tak diguna ). Kalau pakaian tu tengok la jugak, design ok ada lak saiz kita sambar jer. Maklum badan secomel kita ni kat KL susah nak dapat saiz. Kalau ada pun mak aiiiiiiiiii... harga dia... sehelai kat KL buleh dapat 3 helai kat sana. Selain tu, selalunya kita singgah Wang Kelian tapi kali ni tak cukup masa, sampai pun dah lewat. Tapi waktu kita kat sana, lengang sungguh la... tak ramai orang sangat. Agaknya masih awal lagi, anak2 yang ambil SPM belum habis lagi, so mak bapak pun masih lagi menahan perasaan nak jalan2. Mungkin bulan December ni penuh la orang... masa tu, tawar menawar agak payah la...

Penjual2 di Padang Besar ni mostly terdiri dari rakyat Thailand. Mat rock ada kenalan dan keluarga angkat di kalangan mereka, berniaga di Perlis, duduk di Thailand. Jadinya bukan sahaja bershopping malah inilah masa nak jumpa diorang. Kita seronok jumpa diorang, sbb tiap kali jumpa ada la benda free sbg cenderahati . Lain sungguh layanan mereka.

Kali ni kami bercadang untuk menjengah mereka di sebelah tembok sempadan. Niat nak bagi passport yang dah ada tu biarlah ber'chop'. Mahal woooo... RM300 dah labur kat situ tak dichop kira membazir la kan ... Dulu pernah gak masuk 'buta' - tanpa passport. Tapi kali ni dah berubah, procedure memang ketat. Kalau dulu, orang Thailand atau Perlis boleh 'to and fro' begitu sahaja tapi sekarang tidak. Tak der passport - no entry. Both sides tapi lebih strict di pihak Thailand. Walaupun dah ada passport, tiap2 seorang kena gak snap gambar di counter imigresen. On-line jer system diorang.

So, kami bermalam semalaman di Padang Basar Hotel dalam daerah Songkla, Thailand.


Keluar sekejap berjalan2 di sekitar pekan. Aduhai... sudah tidak seperti sebelumnya.

Sungguh lengang... tidak sesibuk dahulu. Tidak banyak kelab2 dangdut atau yang sewaktunya beroperasi di waktu malam. 'Puteri2 malam' langsung tak nampak berkeliaran seperti dulu. Jauh benar perubahannya. Menurut seorang kenalan, memang keadaan sekarang sudah tidak sesibuk dulu. Banyak kegiatan kurang manis berpindah ke Danok. Tak tau benar ke tak...


Lepas maghrib kami dinner di rumah Kak Nab (kakak angkat Mat Rock). Best wooo... masakan simple jer tapi berselera kami makan.

hidangan yang disediakan. Kita suka singgang daging dia...



petai jeruk dan sambal belacan kesukaan mat rock


Lala goreng dengan daun selasih - Iman bagi clear the mangkuk


Ni dia kak Nab yang jadi host tu... Dok hotel tu pun dia yang bayar . Kak Nab ni meniaga barangan cenderahati dan barangan perkahwinan di Padang Besar


bersama hubby nya - dah lama betul tak jumpa...


sebelah kanan mat rock tu namanya Abang Hasan, adik pada Kak Nab. Meniaga beg2 di kompleks bulat kat padang besar.

Lepas dinner dan sembang2 di rumah kak Nab, kami balik hotel. Mat Rock keluar semula 'ngeteh' dengan si Gulid (kaum kerabat Kak Nab). Tak tau jam berapa dia balik ke bilik. Kita tiga beranak dah tidor.



Pagi2 dah bangun... nak sambung 'tour' pekan Padang Basar tu... Kalau lewat nnt ramai orang susah nak tawar menawar. Jam 9 pagi dah keluar cari breakfast. Dulu kita pernah makan di Restoran Hj Ahmad.

Kita cari lagi restoran tu sbb tak berani pegi kat lain takut 'tak paham bahasa' satu hal, nak confirm halal tu yang penting.


Agaknya terlalu awal, masuk restoran tu banyak yang tak siap lagi. Akhirnya cuma oder Nasi Goreng dan Iman dengan roti bakarnya. Ok la, buat alas perut sebelum meneruskan penjelajahan dari kedai ke kedai. Kami panggil 'tawaf kidai' mana taknya dok pusing2 sampai 2-3 kali. Pekan tak besor buleh ler kan...

Kami dah sampai sini dua kali sebelum ni. Kali terakhir lebihkurang 8 tahun lepas. Meriah dan sibuk dengan kegiatan perniagaannya. Pelawat2 dan pelancung2 pun ramai. Kalau kat Restoran Hj Ahmad tu memang tak menang tangan. Kedai2 yang menjual pakaian sibuk dengan tawar menawar dari pelancung2 yang datang. Kita suka kedai Pak Sheikh - sibuk dia melayan pengunjung. Boleh terima kedua2 matawang - RM dan baht.

Tapi kali ini sungguh berlainan... Hanya kami sekeluarga pengunjung dari luar yang sedang berkeliaran di pekan... Jalan pun lengang dari kenderaan luar. Waktu kami berjalan menyusuri deretan kedai di situ, kami jadi tumpuan. Naik takut pulak... mungkin keadaan politik yang sedikit tidak stabil membuatkan ramai yang berfikir berkali2 untuk masuk ke sana.

lengang...

kedai beg dan kasut, lengang...
kasut kanak2
slippers


Di kedai Pak Sheikh pun sama... lengang sungguh siap boleh bersembang2 dengan isterinya sambil memilih.


ni kawan mat rock - menjual pakaian sukan, t-shirt dan jeans.


berkenan ngan yang kaler hijau tu, tapi allocation untuk itu tak der... RM150 jer...

Tak satu pun yang diatas/dalam gambar tu kita beli. Kita dapat beli yang idaman kalbu stainless steel double boiler cap Zebra berukuran 18cm harga tak sampai RM100 tapi kat sini lebih kecil dari itu harga dan menjangkau RM150. Banyak bezanya kan... satu lagi kita beli periuk kukus pulut yang tak pernah nampak ada dijual kat KL nih. Semua tak der dalam gambar la... . Purse memang clear habis...
pssttt... sebenarnya memang sengaja tak bawak cash banyak2, takut lupa diri

Lepas lunch sponsored by Kak Nab (again... ) kami terus keluar balik ke Malaysia. Letih gak weyyyyyyyy... Sampai rumah abang terus rewang untuk kenduri...

Road to Imigration and Custom Complex





kat sini kena berdiri depan officer snap gambar - keluar masuk kena snap gambar tiap2 orang. Passport pun di'chop'kan dengan 'departure' di imigration, lalu di kastam... selamat.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net