By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Oct-2007 04:22 Email | Share | Bookmark

 
 
 
dadih tempahan utk disedekahkan ke rumah anak yatim berhampiran
utk bukak poser on Sunday
 
instant mari...
pemberian jiran depan rumah
Activities for last weekends. I was overjoyed with my kitchen , may be because mat rock wasn't around

Quote:
From: [mailto:resipidotnet@yahoogroups.com] On Behalf Of Animah


Wa rasa wiken lepas wa ni rajin... rajin nau ke dapur (actually dah terpaksa sbb mat rock tak der, takkan nak makan kat luar)... semua tu juadah berbuka, bersahur tu makan apa yang tinggal. cuma hari sabtu tu jer bersahur di McD... hahaha... western beb...

ni juadah berbuka on saturday. since adik ipar kata nak berbuka dirumah dan dia nak masak ayam masak merah, so wa volunteer masak nasik tomato and roti jala. Kuah dhall tu dr restoran yang wa pajak hari2 utk berbuka. free jer tu... pastu wa panggang ikan mackerel dan selimutkan dengan sambal udang kering. sahur makan apa yang ada lah...

utk hari semalam (ahad), jiran depan rumah tu hantar tepung pelita. wa pulak masak nasik putih jer berlaukkan patin asam pedas bunga kantan, sayur kailan seafood pastu puding mangga readymade utk pemanis mulut.

Kali ni mutu gambar kurang memuaskan sbb wa guna kamera henpon, nikon kesayangan wa tu telah dibawa ke seberang tambak oleh mat rock... uuuwaaaaaaaaaaaaaa... tensen... nasi tomato tu kalau real nampak merah...

Resipi wa ni kan, main campak2 jer tau... simple jer...



NASI TOMATO

4 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
1 labu bawang besar - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1 tin puree tomato
1/2 tin susu cair
3 1/2 cawan air (cawan sukat beras)
rempah tumis - buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak masak
buah tomato didadu (optional)

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan rempah tumis, goreng hingga naik bau kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng hingga layu baru masukkan puri tomato. Biar hingga terbit minyak.
Masukkan air, susu cair dan garam. Biar didih. Masukkan beras dan kacau rata. Tutup periuk dan biar hingga sedikit kering.
Kacau rata semula dan biarkan nasik masak sepenuhnya.
Buah tomato yang didadu boleh dimasukkan bila nasik sedikit kering.



PATIN ASAM PEDAS BUNGA KANTAN

1 ekor ikan patin - dipotong2
bunga kantan - dipotong serong
serai - diketuk
cili kering - direndam
biji bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
perahan asam jawa
air
garam secukup rasa
serbuk perasa jika mahu
minyak untuk menumis

Cuci ikan dengan air asam jawa. Ketepikan.
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit.
Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan kisar hingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan ikan dan gaul rata. Masukkan air dan perahan asam jawa. Biar mendidih dan ikan masak.
Masukkan bunga kantan. Perasakan dengan garam. Biarkan ia mereneh selama 15 minit, matikan api.
Siap utk dihidang.



Kailan Seafood

2 batang kailan
2 ekor sotong - potong cincin
udang secukupnya - buang kepala
1 biji bawang merah - dihiris
1 ulas besar bawang putih - dihiris
1 batang cili merah - potong serong
garam secukup rasa
minyak utk menumis

panaskan minyak dalam kuali. tumiskan bawang hingga sedikit layu. masukkan cili, udang dan sotong. Kacau sedikit kemudian campakkan kailan, gaul rata. boleh tambah air jika mau berkuah. perasakan garam. siap.



Temberang Si Penyu
Quote:
Nur: Masak ngam2 jer dan makan panas2 ngan nasi putih.
Chome: tq
mamasya: tu ikan patin dr Temerloh mmg lemak...
idderes: hang pun buleh cuba resipi chek tu bro... paling simple
jie jie: time poser ni semua sedap...
lynnhassan: bukan rajin tp terpaksa
Sue: sedap kat tekak sendiri jer kot kak sue...
Haniss: sedap pada gambar kottt...
izanman: x pernah tengok rupa beronok tu... camne agaknya
Kak Leen: Dulu kita x pandai makan tah macamana sekarang boleh berantu... tp kita kalau nak makan ikan patin atau ikan sungai lain mesti balik Pahang, shopping kat Pasar Minggu yang besar kat Temerloh
CT: ace try masak asam pedas tuna... ok tak? Kalau la tuna fresh kat sini murah... eemmmm...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net