By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Sep-2007 08:13 Email | Share | Bookmark

hati goreng rempah
nasi goreng lobak masin
jom buka poser
This time our 'juadah' for breakfasting on last Sunday. Simple huh? No complaints heard - means ok



Hati Goreng Rempah

300g hati ayam (boleh campur mempedal)
3 sudu besar rempah (kari/kurma)
1 sudu besar madu
1 sudu teh jus limau kasturi
garam secukup rasa

Campur-gaulkan semua bahan dan perap 30 minit.
Goreng dgn minyak secukupnya, jangan terlalu banyak. Sebelum angkat, boleh taburkan ngan hirisan bawang besar dan cili.





Nasi Goreng Lobak Masin

5 cawan nasik putih (overnite's better)
1/2 labu bawang besar hiris
4 ulas bawang putih - diketuk dan cincang kasar
lobak masin - didadu (qty ikut suka)
udang - bersihkan dan belah belakang
sotong - bersihkan dan potong cincin
batang salary - didadu
lobak merah
cendawan - dihiris
6 biji cili api - pecah2kan
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili api. Bila bawang sedikit garing, masukkan lobak masin, cendawan, carrot dan salary. Kacau rata. Masukkan udang dan sotong, biar sedikit kecut baru masukkan nasi. Goreng hingga semua cukup masak dan perasakan dengan garam. Tutup api dan boleh la dihidang.


Tips: Ikut la naluri anda sendiri apabila memasak. Jadikan resipi yang ada sebagai panduan. Mesti tidak mengecewakan. Insyallah. Selamat mencuba



Suggestions:
Serve with Lamb Chop with left over speghetti's Dark Sauce. Additional tamar for buka puasa...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net