By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Feb-2007 07:33 Email | Share | Bookmark
Cream Puff My Favourite

 
 
 
Posted this out to RN long time ago. Easy to make, irresistable to eat...

Sent: 19 September 2006 11:55
To: resipidotnet@yahoogroups.com; Mealtimemenus@yahoogroups.com
Subject: [RNet] FEEDBACK RESIPI: Krim Paff dr Umi Imah

Dek kerana dah muak ngan roti (maklum hari2 menguli roti…), wa tukau menu pulak. Wa buat krim paff resipi dari Umi Imah.

Tak ku tahu bahawa membuatnya begitu mudah… kalau ku tahu tak perlu la ku berhabis duit untuk makan menda ni (paberet wa nih tau…). Lepas ni wa akan wat selalu sampai jemu. Dah siap bakar tu, paip sikit custard kat dalam untuk testing… mak oiiiiiiiiiiiiiiiiii… wa tengok laju jer tangan2 menyambut… lepas satu tray kuar oven, sementara tunggu next tray done, yang kat atas meja dah selesai… next tray kuar, masuk next tray dlm oven… yang tadi kuar dah hilang… adusss!!! Sampai pagi ni wa cuma dapat supply 18 ketul jer kat neighbor nak bawak kat kilang dia… hehehehe…

Ada belen lagi beberapa ketul, bapak ngan anak main O som… sapa menang dapat makan lebih… omak nih, teruk membuatnya… nganga jer lah…


Selepas kuar oven…


Seb baik sempat selamat… setelah dipaipkan custard



Krim Paff
Sumber: Umi Imah


Pastry

250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.


Custard

500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.



Quote:

Ouled Kenitra: mai la alamat, hang dok mana




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net