By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 12-Feb-2007 06:05 Email | Share | Bookmark
Sour Hot Chillies Chicken

Buat sementara, kita tinggalkan dulu Fraser's Hill punya cerita. Actually masih banyak lagi gambar2 yang belum di uploadkan. Tunggu la masa sesuai dan kerajinan berada di tahap maksimum.

Entry kali ni nak citer pasal menu hujung minggu yang telah lama diidamkan. Bukan sebab apa... kemalasan yang menggunung dok atas batu jemala hamba dan hak sebenarnya semenjak Bird Flu merebak dulu, kami dah jarang makan ayam. Ditambah pulak kes2 kisah ayam tak halal... uuuu... jeran makcik nak beli ayam.

So, last Saturday, ku kuatkan semangat, pergi ke pasar beli ayam. Nak masak AYAM ASAM PEDAS. Resipi ni sebenarnya cam asam pedas biasa jer, cam yang arwah emak ajar dulu. Aku tak ubah pun. Cuma dulu mak ajar masak ikan ler, aku jer pepandai tukar ayam bosan la asik ikan jer... kebetulan masa tu ipar duai aku datang (belah hubby), licin periuk dibuatnya.



Ayam Asam Pedas

1 ekor ayam potong kecil 1 bird chicken cut into small pieces
Cili kering - rendam & kisar dried chilies - soak & blend
3 ulas bawang putih 3 cloves garlic
10 butir bawang merah 10 pcs shallots
1 inci halia 1 in ginger
1 inci kunyit 1 in turmeric
Garam salt to taste
Perahan asam jawa tamarind juice
Minyak untuk menumis cooking oil for frying
Air water

Optional ingredient
Serbuk perasa seasoning
Serai lemon grass
Daun kesum malay basil

Kisar bawang putih, bawang merah, halia & kunyit dan satukan dengan cili yang dah dikisar. Blend in garlic, shallots, ginger & turmeric and add in into blended chillies.
Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan semua bahan kisar tadi. Gorengkan hingga terbit minyak dan aromanya. Boleh masukkan serai jika mahu. Heat enough cooking oil in a pot and pour in blended ingredients. Fry until it brings out an aromas. Add in the lemon grass if you like.
Masukkan ayam. Gaul rata hingga bumbu menyeliputi ayam tadi. Masukkan sedikit air. Biar hingga ayam setengah masak. Put the chicken in and stir until the gravy mix evenly. Pour in little bit of water. Let until the chicken half-cooked.
Masukkan air asam dan garam. Tambah air jika perlu. Biarkan hingga mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Masukkan daun kesum. Pour in the tammarind juice and salt to taste. Add in more water for thinly gravy. Let it boil and the chicken cook well. Add in the malay basil.
Kecilkan api dan biarkan dia mereneh selama 20 minit. Slow down the heat and let it simmer for 20 minutes.


Enjoy!!!

Quote:

Shida: Just give it a try... Sure won't regret. Dulu masa mula2 nak buat tu, cuak jugak sbb dr kecik dah biasa ngan ikan. Tapikan, terasa nak tukar selera, belasah jerrrr...
Mamafami: Apalagi mama, esok bleh buat terus lah... Sedappppppp... hingga menjilat jari. Seperiuk nasi habis tak sedar... hahaha... dah jadik favourite anak2 jugak ni mama...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net