By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 12-Nov-2008 05:52 Email | Share | | Bookmark
Cupcakes Galore

ordered by Liza
by Liza too...
from a doctor
View all 28 photos...
Let's share what's hiding in my thumbdrive. There's a lot more coming if time permitted. Tak larat la... tak ingat pun sama just enjoy viewing them...


Saturday, 8-Nov-2008 18:20 Email | Share | | Bookmark

cut almond brownies
 
brownies for birthday
View all 4 photos...
Selamat bertemu kembali kawan-kawan. Lama sungguh fp ni tak berupdatekan. apakan daya, keadaan tidak begitu mengizinkan. Banyak sungguh urusan yang perlu diselesaikan. Sekarang tak tau mana nak mula.

Ok la... entry kali just to show off la nampaknya. Saja nak bagi semangat skit untuk diri sendiri yang kian menyepi . Actually, banyak lagi hasil kerja yang tak tershow-off kat sini. Kalau rajin nak tengok boleh la melawat kat sini http://thebakingstudio.blogspot.com.


Ada order from officemate untuk colleague office yang sambut birthday. Dah selalu sangat buat kek, jelak pulak katanya. So, buat kelainan dia mintak brownies. Interesting jugak sekali sekala tukar selera.


ini lah dia... coated with ganache topped with strawberries and red choc rice.

Yang tak berhias bagai tu kita bawa ke rumah BIL masa dia buat open house family raya lepas.


Nak cuba? Resipi di sini.


Monday, 29-Sep-2008 07:01 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

To all friends and visitors

Selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga.


Jom gantung kad raya

Dr http://rinzura.fotopages.com/ - thank you very much.


dr pasangan muda Rozamy - semuga bahagia selalu ye dek...


ni dari Tun kwn kita kat Tg Malim tu... huhuhu... jgn luper dtg rumah ye...


sorry gang... ada yg tak sempat nak gantung, smp dah nak habis raya... jangan kecik ati ye... MAAF ZAHIR BATIN


Wednesday, 24-Sep-2008 02:17 Email | Share | | Bookmark
Instant 'Shepperd' Pie

 
 
 
View all 4 photos...
Laksa Sarawak on Saturday, I thought of having our breakfasting at our favourite restaurant the day after . I didn't put any attention what to cook on Sunday until a neighbour called at 4.30pm . She asked me to cook anything and bring to her house to breakfasting with her family and her newly wed-son couple. In less than 3 hrs what should I do . Everything was 'stone-hard' in the freezer .

Here's what I got for that day. Everything from my fridge n freezer that can be used instantly . Mat Rock had to lend his hands to mash the potatoes half heartedly . The athan was called as soon as my oven timer rang .


Quote:
INSTANT SHEPPERD PIE


1kg kentang - rebus bersama sedikit garam
1 cawan susu segar
serbuk lada putih secukupnya

Kupas kulit kentang dan lecek hingga hancur bersama susu segar dan pepper. Ketepikan.

Inti
400g daging cincang
5 batang sosej - didadu
5 butir cendawan butang - dihiris
1/2 batang lobak merah - parut kasar
1 paket serbuk kari daging
1 biji bawang holland - didadu
2 ulas bawang putih - cincang
sedikit halia - racik halus
1 mangkuk kecil sos tomato
1/2 mangkuk kecil cili sos
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
3 biji tomato - hiris

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari dan semua sos, kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging cincang, kacau rata. Biar hingga daging masak dan kering sedikit airnya.
Masukkan sosej, cendawan dan lobak merah. Gaul rata. Perasakan garam dan gulanya. (Kalau guna serbuk perasa tak payah bubuh gula). Biar seketika sehingga semua bahan masak keseluruhannya.

Penyediaan Pai
Panaskan oven 180 darjah celcius.
Sediakan loyang pembakar yang telah dilengser butter.
Ratakan separuh kentang lecek di dasar loyang.
Lapiskan dengan inti daging cincang yang siap dimasak tadi.
Susun tomato hiris diatasnya kemudian tutup dengan separuh lagi kentang lecek.
Taburkan sedikit butter diatasnya.
Bakar selama 45 minit atau sehingga kentang keperangan.



PUFF SOSEJ SEGERA


5 keping pratha segera - bahagi 8 bahagian
5 batang sosej - jadikan 8 bahagian
1 biji telur
sedikit bijan

Ambil 1 bahagian pratha, gulungkan sosej didalamnya.
Sapu sedikit telur dan taburkan bijan di atasnya.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 12 minit.


Tuesday, 23-Sep-2008 03:04 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 Cari Makan

 
 
lauk pauk jual utk tapau
View all 18 photos...
Jom jalan2 cari makan. I got one place that is highly recommended for you to try. The foods and the friendliness of the staff will attract you to come again. From Sg. Choh - Sg. Buaya - Bukit Sentosa - Bukit Beruntung, nothing like this one. I'll choose this restaurant to entertain family members or to try something different. Sebab tu la aku malas masak kotttt...


Di bulan puasa ni siap ada buffet with very reasonable price. RM15 for adult and RM8 for child. Ok kan? Hari ke-lima puasa kita dah lenjan buffet kat sini. 3 adults + 1 child, it cost me below RM60. Ni kalau kat hotel mau terlentang rabak sana sini. Ok la makan ala2 kat hotel, tu pun tak semua boleh masuk perut. Tapi kalau pelanggan nak beli tapau balik rumah satu sudut di sediakan. For those yang tak larat layan buffet, boleh oder menu ala-carte macam biasa.

Salad corner - colourful beb... memang menyelerakan...


Yang ni sudut pelbagai kerabu dan ulam






For first timer kat area ni, memang susah sikit nak cari sebab kedudukkannya yang agak ke dalam. Cuma perlu mencari simpang masuk ke Sg. Buaya, kurang dari 500 meter akan bertemu dengan signboard atas tu. Tapi kena hati2 ketika hendak masuk kedalamnya sebab takut tersalah masuk pintu restoran disebelahnya .


apa2 hal pun yang ni kita balun dulu....


Temberang Si Penyu
Quote:
lama sungguh dah tak bersembang ye... banyak sangat halangannya. kalau dapat update, 1000 kesyukuran rasanya...

zai kulim: baru tengok dah sakit perut, lom lagi membalun ek...
wawa: mmg murah wawa compare dgn hotel atau restoran biasa pun bukan calang2 harganya. Kalau nak masak sendirik pun rasanya lebih dr tu lagi untuk kepelbagaian waktu berbuka kan...
rozamy: insyallah semuga kita jumpa ramadhan tahun hadapan ye. kena booking siap2, silap haribulan masuk pintu kuar balik... dah terkena...
zira: hari biasa pun sodap gak... cuma ramadhan jer ada buffet...
unnamed: lenkali letak la nama n link buleh gak melawat rumah awak... dah kita dok kat jin bertendang, kena la promote area jin bertendang gak... sesekali mai la datang kat jin bertendang ni


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net