By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 13-Jan-2009 08:50 Email | Share | | Bookmark
Taugeh Goreng

Actually, I've done this months ago. terukkan... lupa la... since time was limited to sit in front of my PC. A very simple dish and suitable for a career person who always in hurry and at the same time need to cook for family. Chewah... macam bagus aku nih... hehehe... taugeh goreng jer, semua orang buleh buat



Taugeh Goreng

100g taugeh - bersihkan
1 biji tomato - belah lapan
1/2 biji Capsicum - hiris memanjang
100g udang - dibersihkan
1 pokok daun bawang - potong 1" panjang
1 ulas bawang putih - diketuk
1/2 biji bawang besar - dimayang
1 batang cili merah - hiris serong
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu, masukkan udang dan cili merah. Goreng hingga udang separuh masak.
Masukkan tomato dan capsicum kacau sekejap. Masukkan taugeh, daun bawang dan garam secukup rasa. Kacau goreng hingga sedikit layu. Matikan api.
Hidangkan.


Easy isn't it? Happy trying



Sunday, 11-Jan-2009 16:02 Email | Share | | Bookmark
Dinner 11-01-2009

 
Talapia Goreng
Patin Tempoyak Terung Asam
View all 4 photos...
Lepas lunch tadi, kita terus ke supermarket cari barang dapur yang dah lama kering. Setelah sekian lama ada 'chef' yang bertugas, agak jemu gak, terasa nak makan masakan sendiri. Si Iman pun dah sound, 'malam ni mama masak ye'... Semangat nak masak tu berkobar2 sebab 2 hari lepas Kak Rusiah (officemate) bagi terung asam 2 biji. Somebody from Sabah bawak untuk dia... banyak katanya. Pernah makan masa kat rumah Kak Dee di Kuching dulu. Kalau kat Semenanjung mmg tak der ler nak jumpa. Tu lah... ingat nak masak ikan salai dengan terung asam. Lama benor ikan salai pemberian Kak Dee tu tersadai dalam peti sejuk tu...

Tapi bila petang nak masak lain lak jadinya. Abang Mat Rock, Pak Tam datang dengan familinya dari Port Dickson. Pak Tam ni main terjah jer... seb baik stock lauk ada. Saki baki ikan sungai yang kita frozenkan. 2 ekor talapia dan 1 ekor patin sungai. Mai dari Pahang tu beb... Pastu ada gak tempoyak... peh!!! dah cantik ni...

Makanya menu pun jadi la begini
1. 1 ekor talapia goreng sahaja
2. Patin Tempoyak Terung Asam + 1 ekor talapia
3. Sayur campur dengan udang



Lichin beb ... mungkin ada 2 sebab... memang aku masak sedap atau sebab diorang memang dah lapor...

Meh tengok... kita masak ni main campak baling jer... lagipun dah lama tak der entry pasal masakan nih... lama kita cuti...


yang ni masak senang jer - kes nak cepat

Talapia Goreng

1 ekor talapia - dibersihkan, gaul garam + kunyit - perap sekejap
3 butir bawang merah - hiris
cili bengala, tomato ceri - untuk hiasan
minyak utk menggoreng

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan hingga masak. Angkat dan letak dalam pinggan.
Dalam minyak yang sama, goreng bawang hiris sehingga layu. Angkat dan tabur di atas ikan tadi.
Hias dengan cili bengala dan tomato ceri.

Kat bawah ni resipi orang Pahang tapi kita dah kawinkan dengan Negeri Sarawak . Meh tengok... pastu buleh cuba... resipi memang simpel. Kita belajar dari Pak Sedara Mat Rock di Kuala Lipis.

Patin Tempoyak Terung Asam

1 ekor ikan patin - dibersihkan
2 inci kunyit sebesar ibu jari
10 butir cili padi - pedas ni, kalau nak lebih lagi tambah la lagi
3 sudu makan tempoyak
1/2 biji terung asam - potong baji dah hiris nipis (yg ni tak di ajar, kita pandai2 sendirik )
garam secukup rasa

Tumbuk kunyit, garam bersama cili padi hingga lumat. Gaul dengan tempoyak.
Masukkan semu bahan ke dalam periuk dan masukkan air mengikut kuantiti yang dikehendakki.
Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya kira2 15 minit.
Hidangkan.


Capcai ni ikut selera kita la kan. Apa sayur yang ada kita masukkan. Yang penting udangnya..

Capcai Udang

250g udang kertas - buang kepala
1 batang celery - potong serong
15 biji kacang hijau - buang hujungnya
1 batang kecil lobak merah - potong ler ikut suker
bunga kobis - potong kecil
1/4 cili bengala merah - potong kecil
1/4 cili bengala kuning - potong kecil
3 butir bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga naik bau. Masukkan udang, kacau. Masukkan segala sayur dan garam. Tuangkan 1/2 cawan air. Kacau rata semua bahan. Tutup kuali selama 2 minit.
Tutup api bila udang sudah masak. Hidangkan.

Cepatkan??? . Sempoi... tapi sedap ye la... bukan perasan, lichin nasi seperiuk. Kali ni semua hidangan memang clear. Terus buleh cuci periuk.

Sementara diorang makan tu, sempat kita buatkan pizza untuk mereka bawa bekal balik.
Buat 2 keping, satu diorang makan panas2... satu lagi bekalkan untuk makan dalam kereta...




Thursday, 8-Jan-2009 08:19 Email | Share | | Bookmark
Ladang Tebu - Perlis

sejauh mata memandang
 
 
View all 24 photos...
Wah... entry lapuk nih... saja nak sambung citer jalan2 utara ni... patutnya dah lama bersambung, tapi sibuk macam pak menteri, tu yang terbantut tu...

Tiap kali balik dari Padang Besar, kami akan lalu jalan yang merentas ladang tebu. Kita memang suka bila tiba kawasan tu... sungguh menghijau sejauh mata memandang. Baik untuk mata... sungguh menyegarkan mata... sejukkkk jer... lebih cantik kalau waktu pagi matahari tengah naik... macam baldu. Mungkin disebabkan embun yang masih melekat. Tapi masa kita tangkap gambar ni, dah tengahari tapi redup. Dah lama mengidam nak bergambar di menara tinjau yang ada kat situ... pehhh!!! cantik sungguh... sambil2 tu kita tembak gak gambar2 bunga2 hutan tu... cantik pulak bila dah masuk dalam gambar. Kalau orang tu kira fotogenik la

Meh ler... tengok jer gambar2 yang tak seberapa tu... sekadar nak puaskan hati la katakan...


merentasi ladang tebu... tenang gitu...


luasnya...


kita suka tengok kaki langit tu...


teringin nak dekati rumah/bangsal? nih... nampak dekat tapi jauhhhhhhhhhhhhhh...


macam tasik jer... entah...


lorong yang dilalui oleh kenderaan ladang...


saja ambil gambar bunga lalang nih... cantik nampak bila dah banyak2... kalau kat KL ni buleh jadik duit...




kita memang suka tangkap gambar bunga2 rumput yang halus tu... ni kalau dapat lens mikro lagi best


Tuesday, 2-Dec-2008 14:20 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan ke Padang Besar Malaysia-Thailand

ni masih kat Malaysia
 
parking lot yg lengang
View all 53 photos...
Ni kisah gi jalan2 ke Utara la nih. Tujuan sebenar nak gi kenduri masuk jawi (bersunat) anak buah kat rumah abang di Perlis. Tapi seperti biasa bila dah tiba ke sana, tempat paling tak pernah lupa dikunjungi adalah Padang Besar . Shopping heaven (bg orang macam kita nih) la boleh dikatakan ... bukan beli banyak pun... saja suka2 jamu mata. Kalau berkenan baru beli. Kita ni rajin menambah tukun di dapur - periuk, kukusan, loyang, sudip... pendekata apa yang rasa perlu la(walau pun tak diguna ). Kalau pakaian tu tengok la jugak, design ok ada lak saiz kita sambar jer. Maklum badan secomel kita ni kat KL susah nak dapat saiz. Kalau ada pun mak aiiiiiiiiii... harga dia... sehelai kat KL buleh dapat 3 helai kat sana. Selain tu, selalunya kita singgah Wang Kelian tapi kali ni tak cukup masa, sampai pun dah lewat. Tapi waktu kita kat sana, lengang sungguh la... tak ramai orang sangat. Agaknya masih awal lagi, anak2 yang ambil SPM belum habis lagi, so mak bapak pun masih lagi menahan perasaan nak jalan2. Mungkin bulan December ni penuh la orang... masa tu, tawar menawar agak payah la...

Penjual2 di Padang Besar ni mostly terdiri dari rakyat Thailand. Mat rock ada kenalan dan keluarga angkat di kalangan mereka, berniaga di Perlis, duduk di Thailand. Jadinya bukan sahaja bershopping malah inilah masa nak jumpa diorang. Kita seronok jumpa diorang, sbb tiap kali jumpa ada la benda free sbg cenderahati . Lain sungguh layanan mereka.

Kali ni kami bercadang untuk menjengah mereka di sebelah tembok sempadan. Niat nak bagi passport yang dah ada tu biarlah ber'chop'. Mahal woooo... RM300 dah labur kat situ tak dichop kira membazir la kan ... Dulu pernah gak masuk 'buta' - tanpa passport. Tapi kali ni dah berubah, procedure memang ketat. Kalau dulu, orang Thailand atau Perlis boleh 'to and fro' begitu sahaja tapi sekarang tidak. Tak der passport - no entry. Both sides tapi lebih strict di pihak Thailand. Walaupun dah ada passport, tiap2 seorang kena gak snap gambar di counter imigresen. On-line jer system diorang.

So, kami bermalam semalaman di Padang Basar Hotel dalam daerah Songkla, Thailand.


Keluar sekejap berjalan2 di sekitar pekan. Aduhai... sudah tidak seperti sebelumnya.

Sungguh lengang... tidak sesibuk dahulu. Tidak banyak kelab2 dangdut atau yang sewaktunya beroperasi di waktu malam. 'Puteri2 malam' langsung tak nampak berkeliaran seperti dulu. Jauh benar perubahannya. Menurut seorang kenalan, memang keadaan sekarang sudah tidak sesibuk dulu. Banyak kegiatan kurang manis berpindah ke Danok. Tak tau benar ke tak...


Lepas maghrib kami dinner di rumah Kak Nab (kakak angkat Mat Rock). Best wooo... masakan simple jer tapi berselera kami makan.

hidangan yang disediakan. Kita suka singgang daging dia...



petai jeruk dan sambal belacan kesukaan mat rock


Lala goreng dengan daun selasih - Iman bagi clear the mangkuk


Ni dia kak Nab yang jadi host tu... Dok hotel tu pun dia yang bayar . Kak Nab ni meniaga barangan cenderahati dan barangan perkahwinan di Padang Besar


bersama hubby nya - dah lama betul tak jumpa...


sebelah kanan mat rock tu namanya Abang Hasan, adik pada Kak Nab. Meniaga beg2 di kompleks bulat kat padang besar.

Lepas dinner dan sembang2 di rumah kak Nab, kami balik hotel. Mat Rock keluar semula 'ngeteh' dengan si Gulid (kaum kerabat Kak Nab). Tak tau jam berapa dia balik ke bilik. Kita tiga beranak dah tidor.



Pagi2 dah bangun... nak sambung 'tour' pekan Padang Basar tu... Kalau lewat nnt ramai orang susah nak tawar menawar. Jam 9 pagi dah keluar cari breakfast. Dulu kita pernah makan di Restoran Hj Ahmad.

Kita cari lagi restoran tu sbb tak berani pegi kat lain takut 'tak paham bahasa' satu hal, nak confirm halal tu yang penting.


Agaknya terlalu awal, masuk restoran tu banyak yang tak siap lagi. Akhirnya cuma oder Nasi Goreng dan Iman dengan roti bakarnya. Ok la, buat alas perut sebelum meneruskan penjelajahan dari kedai ke kedai. Kami panggil 'tawaf kidai' mana taknya dok pusing2 sampai 2-3 kali. Pekan tak besor buleh ler kan...

Kami dah sampai sini dua kali sebelum ni. Kali terakhir lebihkurang 8 tahun lepas. Meriah dan sibuk dengan kegiatan perniagaannya. Pelawat2 dan pelancung2 pun ramai. Kalau kat Restoran Hj Ahmad tu memang tak menang tangan. Kedai2 yang menjual pakaian sibuk dengan tawar menawar dari pelancung2 yang datang. Kita suka kedai Pak Sheikh - sibuk dia melayan pengunjung. Boleh terima kedua2 matawang - RM dan baht.

Tapi kali ini sungguh berlainan... Hanya kami sekeluarga pengunjung dari luar yang sedang berkeliaran di pekan... Jalan pun lengang dari kenderaan luar. Waktu kami berjalan menyusuri deretan kedai di situ, kami jadi tumpuan. Naik takut pulak... mungkin keadaan politik yang sedikit tidak stabil membuatkan ramai yang berfikir berkali2 untuk masuk ke sana.

lengang...

kedai beg dan kasut, lengang...
kasut kanak2
slippers


Di kedai Pak Sheikh pun sama... lengang sungguh siap boleh bersembang2 dengan isterinya sambil memilih.


ni kawan mat rock - menjual pakaian sukan, t-shirt dan jeans.


berkenan ngan yang kaler hijau tu, tapi allocation untuk itu tak der... RM150 jer...

Tak satu pun yang diatas/dalam gambar tu kita beli. Kita dapat beli yang idaman kalbu stainless steel double boiler cap Zebra berukuran 18cm harga tak sampai RM100 tapi kat sini lebih kecil dari itu harga dan menjangkau RM150. Banyak bezanya kan... satu lagi kita beli periuk kukus pulut yang tak pernah nampak ada dijual kat KL nih. Semua tak der dalam gambar la... . Purse memang clear habis...
pssttt... sebenarnya memang sengaja tak bawak cash banyak2, takut lupa diri

Lepas lunch sponsored by Kak Nab (again... ) kami terus keluar balik ke Malaysia. Letih gak weyyyyyyyy... Sampai rumah abang terus rewang untuk kenduri...

Road to Imigration and Custom Complex





kat sini kena berdiri depan officer snap gambar - keluar masuk kena snap gambar tiap2 orang. Passport pun di'chop'kan dengan 'departure' di imigration, lalu di kastam... selamat.






Sunday, 30-Nov-2008 16:00 Email | Share | | Bookmark
Cake, anyone???

Sour Cream Coffee Cake
 
Chef Tania's Fruit Cake
View all 9 photos...
Just came back from Northern state. wah... bunyi cam keluar negeri jerk... hahahaha.... Can be considered, I guess... Yupp!!! My family and I went to Padang Basar, Songkla, Thailand, one night only... just to get our passport stamped... . Actually, my brother had a 'kenduri masuk jawi' for his second son. So, I took the chance to cross the border.

Ok, keep this 'jalan jalan' story behind. Let's see what I got for this entry.


sourcream coffee cake - always give a hit but did not reach my expectation, not for this time.
Get the recipe here.


This fruit cake never failed me . Thank you to Chef Tania.


I've done it!!! I broke the 'walls' and baked this Duo-colours layered cake, at last... and encouraged me to bake another.


This checkboard designed cake was actually Sweet sour (haw flakes) layered cake. The photo quality upset me but the taste of the cake was wonderful. The square-shape haw flakes is not available here in KL. I bought it in Kuching a year ago. So, if you want to order this cake, the design will be different .

Temberang Si Penyu
Quote:
Dah lama tak sembang kat sini. Kalau FP tunjuk ragam, selalu kita jer gi bertandang ke rumah lain. Tapi kekadang cuma jengah jer tak sempat nak borak.

Ida isk: Cuak gak beb... lagipun mmg niat nak melawat keluarga kakak angkat kat sebelah tembok tu. Alhamdulillah x der apa2. tp banyak perubahan dah berlaku di situ. tidak sesibuk dulu. Nnt wa senang wa buat entry jalan2 sebalik tembok ye...
willywonka: kita suka tengok cupcakes U... coolllllllllll...
lynnhassan: setakat sebelah tembok insyallah tak der apa2 lynn... nak masuk pun ketat sekarang. Kat Imigresen Thailand tu siap kena ambil gambar lagi...
Amy: Nak ye... lu mai bukit beruntung nak tengok keli tu singgah la kat pondok buruk wa... wa buatkan utk lu...
Che'pah: Kek ni buat sebelum pergi berjalan... hangkut sekali masa pegi tu. Balik jalan kt tak start apa lagi... mim alif lam sin... oooppppsss!!! dah ada rumah baru ye... nnt kita jengah ye...




[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net