By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 19-Jul-2009 17:18 Email | Share | | Bookmark
Rissoles

 
 
 
This is my first attempt of making this wonderful taste dish which is very popular among Indonesian. I've tried in some restaurants. I surfed through the internet and read the recipes from many books. They have variation of recipes. So, this is my recipe from my observation which I have no specific measurement, just follow my instinct. They turned out nice and tasty, just what I want.



Kulit / Skin
Tepung / flour
Susu segar / fresh milk
2 biji telur / eggs
Garam / salt

Campurkan tepung, garam dan telur. Tambahkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga bancuhan tidak berketul-ketul. Panaskan kuali yang disapu sedikit minyak. Sendukkan bancuhan dan tuang kedalam kuali dan dadar nipis. Masak dengan api kecil sehingga boleh ditarik keluar. Ketepikan.
Combine the flour, salt and eggs. Gradually add the milk whisk them to make a smooth texture. Heat up a pan and grease with a bit oil. Scoop the mixture, pour to the pan and make it thin. Cook it with low heat until you can peel off easily, it means it is cooked. Set aside.

Inti/Filling:


Panaskan kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Tambahkan ayam cincang dan kacau sebati beberapa minit. Kemudian tambahkan sayur campur, serbuk lada putih, garam, seleri dan krim pekat. Teruskan memasak sehingga semua bahan lembut dan tambahkan tepung yang telah dibancuh dengan air untuk memekatkan inti. Tambahkan gula untuk seimbangkan rasa.
Heat up the wok, then sauté the onion and garlic until fragrant. Add the chopped chicken and mix them well for few minutes. Then add mix-vege, pepper, salt, celery and thicked cream. Continue cooking until they are tender and add 1 tablespoon of flour mixed with water to make the filling thicker. Add a little of sugar to adjust the taste.

Membentuk risoles/Make the rissole:
Ambil sekeping kulit risoles dan letak inti dibahagian bawah. Lipat kiri dan kanan dan gulung ke atas hingga membentuk seperti tiub. Ulangi hingga semua kulit habis.
Take one rissole’s skin then add the filling in the bottom. Fold over the left side, and then the right side and roll it up to form a tube. Repeat until all the skins are finished.


Celupkan risoles siap gulung kedalam telur yang telah dipukul sedikit dan salutkan dengan serbuk roti. Simpan dalam peti beku atau boleh terus digoreng dengan api perlahan. Tiriskan minyak di atas kertas tisu.
Dip the rissoles into beaten egg then coat them with bread crumbs. Keep frozen or deep fry them with low heat, and use the tissue paper to absorb the oil.


Saturday, 18-Jul-2009 17:04 Email | Share | | Bookmark
Mihun Goreng Ringkas

 
Perut lapar... nak makan tapi malas nak masak yang beriya... mat rock tak der, jadi semuanya bior simple... ish... kalau dia ada pun tak der ler masak beriya, ringkas jugak... hehehe... dasar malas...

Tengok kat dapur, kita ada mihun sepeket... jenguk kat kulkas (peti es lerrr...) ada cili boh dalam 2 sudu, taugeh, udang dan batang seleri.

Kita rendam mihun tu. Minta along kupas bawang merah 5 ketul sementara kita bersihkan udang. Pastu dia jugak kena potong batang seleri dan tumbuk bawang tu, sampai keluar air mata. Biarkan, takkan nak duduk jer, sampai bila kan...

Panaskan minyak, tumiskan cili boh dan bawang tumbuk sampai layu. Masukkan 2 sudu besar sos cili dan 1 sudu besar sos tomato. Masukkan udang dan seleri. Masukkan mihun yang sudah ditoskan dan sedikit air. Kacau rata dan sebati sehingga mihun masak.

Tabur garam, gula dan taugeh. Kacau rata hingga taugeh sedikit layu. Sedia untuk dihidangkan.



Eh.. tak sangka, sambutan sungguh hebat sekali. Tak macam selalu, memang tak der balance pun... clear, senang jer cuci kuali.


Thursday, 2-Jul-2009 02:58 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday!!!

lynn n bunga
kesuma, bunga
nak ambil gambar yg berdiri tu sebenarnya
View all 20 photos...
Dah agak lama FP ni tak di update. Sampai banyak peristiwa yang belum disimpan. Berlonggok2 ada dalam peti. So, kita mulakan dgn entry kisah menyambut hari tua ler... ... dah tua dah aku nih...

Semalam birthday kita. Tak der terniat nak nyambutnya pun... cuma memang dah ada plan nak hang-out ngan geng2 JJCM dan baking. Saja2 jer... makan2 dan borak2 cam biasa, a normal geder2 for ibu2 ler... Nak buat geder2 tak sempat la akibat busy - keja opis, keja rumah (walau tak buat sangat pun), keja ambil tempahan baking (tak ler banyak mana...) dan keja mengabihkan duit 'jalan2 cari makan'... AA pulak la ni offer giler2, tak kuat iman... ikut terbang ler jadinya... ... dah tak macam dulu dah takut nak terbang... sekarang suka lak nak terbang... pantang ada peluang...

Ok, back to sambutan hari tua punya story. So, we decided to meet up at Nelayan Restaurant, Tasik Titiwangsa. Ish... lama sungguh tak ke situ... best gak. We had steamboat and Malay cuisine and BBQ chicken. It's all in the Buffet Set lah... Arranged by Ena and Suzi. Only 7 of us including me - Ena, Suzi, Kesuma, BungaKasturi, KMis and Lynn Sham. Sepatutnya Cikgu Sue ada sekali tapi disebabkan siBaby demam dan muntah2, last minute tarik diri... Standard kami la kalau dah jumpa... mana hengat donia dan alam sekeliling... ...



Kek tu kerja si Suzi. Kreatif betul dia ni, wa salute lah! Pandai betul dia ngan Ena buat pakatan rahsia. Siap ngan hadiah 'Chef' lagi... cutenyaaa... nanti ku letakkan kat pintu masuk studio tu... Kesuma lak hadiahkan decorated cookies sebekas... Camana la aku nak makan benda2 ni cute belaka.



emmm... Happy Birthday to me!


macam adik beradik



Sunday, 15-Feb-2009 15:11 Email | Share | | Bookmark

Visit me here...

My home Cookery Pot - Secrets of Happiness
or
My studio/shop Sweet n Spicy


Wednesday, 14-Jan-2009 16:06 Email | Share | | Bookmark
Cupcakes Galore II

mud cupcake
mini mud cupcake
for Ann
View all 14 photos...
From my archive... may be got more photo but I forgot where I kept them...

Interested to order?

Please visit http://thebakingstudio.blogspot.com for more info and details


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net