By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 7-Oct-2009 04:51 Email | Share | | Bookmark
Macam-macam Pedas

sambal hitam pahang
kari sardin
ayam tomato bunga kantan
View all 6 photos...
Lama tak buat N3 kat sini... nak buat parade la rasanya. Maklum la, FP kekadang ok, tp selalu mecapai tahap kelembapan maximum. Semangat berkobar2 nak update terus jer luntur. Actually, kita copy dr blog kita kat sini.

********

Yang ini di panggil Sambal Hitam. Ini resipi orang Pahang. Kalau ada kenduri disana, ia seakan menu wajib untuk dihidang. Sambil makan tu, kita tanya gak cara menyediakan sambal hitam dari suku sakat mat rock. Agak rumit penyediaannya.

Kita cuba buat sendiri dengan berpandukan resipi dari http://myresipi.com


Sambal Hitam Pahang oleh: ieza_beledza
Dari seorang cikgu orang Pahang

Bahan-bahan (5 orang)
500gm belimbing buluh
5 biji bawang merah
15-20 biji cili padi hijau
2 genggam ikan bilis yang telah dibelah
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
rebus belimbing buluh selama 8jam
tumbuk bawang merah dan cili padi hingga lumat
tumbuk ikan bilis separuh lumat
tumis semua bahan yang telah di tumbuk.
masukkanbelimbing buluh yang telah di toskan
masukkan garam dan gula
gaul rata dan biarkan ia kering sedikit.

****************************

Sadin... dah selalu sangat dimasak sambal, kali ni tukar bahan skit. Masak kari. Bahan2nya apa yang ada dalam peti es. Apa yg ada kita guna... Masak pun simple habis, tak banyak kerenah.


Kari Sadin

Tumbuk halia, kunyit, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Panaskan minyak masak dalam kuali. Sementara itu, asingkan sardin dari sosnya.
Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan 1 bungkus serbuk kari ikan. Gaul rata.
Masukkan sos sadin, air dan santan secukupnya, biarkan hingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan sedikit gula.
Masukkan ikan sardin, kacau gaul. Biarkan kuah sedikit pekat dan renehkan seketika.
Hidangkan.

**************************


Friday, 18-Sep-2009 03:02 Email | Share | | Bookmark
Kad Raya dr Kurie & Sweet Treats Team



Thank you guys!


Thursday, 3-Sep-2009 03:36 Email | Share | | Bookmark
Biskut Kukis

Tart Hawaii RM22
 
sarang semut RM19 (nebor punya)
View all 9 photos...
Hahaha... lama tak update ek... aiyohhh!!! bz kottt??? bz apa ek? ok la... ni ole-ole masa menyepi... taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... kita buat kukis sendiri... so far dah 4 jenis yg kita buat sendiri. Kita jual kalau ada permintaan. Sarang semut tu nebor punya tolong promo utk dia.


Tart Hawaii - sedap nih... inti nenas ditutup dengan kelapa kering.


Biskut Dahlia - cair di mulut


Cornflakes Madu - sekali hadap satu bekas boleh habis, kesukaan anak2


Biskut Badam - jumpa resipi dr majalah lama

Biskut Badam
1 biji kuning telur / 1 egg yolk
180g mentega / butter
180g tepung gandum / all purpose flour
150g tepung jagung / corn flour
113 gula ising / icing sugar
4 sudu besar badam kisar / 4 tbsps grounded almond

Hiasan / Glazing
Kuning telur / egg yolk
Badam hiris / almond sliced

Cara menyediakan:
Putarkan mentega dan gula hingga kembang. / Beat butter and sugar till fluffy.
Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian kacau rata hingga menjadi doh lembut. / Add in yolk, flour, corn flour and grounded almond and stir mix till soft doh is formed.
Canai dan terap. / Roll out and cut to your design.
Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam. / Glaze and sprinkle with sliced almond.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 degree Celcius selama 12-15 minit atau sehingga masak. / Bake under 180 Degeree Celcius for 12-15 minutes.



Tuesday, 28-Jul-2009 03:24 Email | Share | | Bookmark
Demo Hanielize di Ikano; 26 Julai 2009

Menu
sedang bersiap2
bersama pembantu Kak Zai
View all 31 photos...

pose maut kak liza

Hari Ahad lepas, kita pergi ke Ikano semata2 nak tengok kak liza buat demo memasak sempena pelancaran bukunya siri Senangnya Memasak... bersama Popular Bookstore yang sekarang sedang berlangsung Book Fair sehingga 2hb Ogos ini. Ada 15 tajuk kesemuanya yang setiap satu berharga RM5.50 sahaja. Murah sesangat tu, dicetak berwarna warni di atas kertas glossy.



Berikut ada gambar2 yang sempat kita rakam pada hari itu... dok melopong mulut tengok kak liza memasak nasi bukhari ayam. Sesekali tu ada gak ler air liur meleleh .. hahaha... Kita baru beli 2 - Nasi dan Kambing, tapi dua2 tu dah dihadiahkan pada kawanku Putri dari Jakarta. Dapat satu lagi masa jawab kuiz aritu untuk memasak Ayam... tgh kumpul duit nak beli yg lain jugak, kalau boleh nak complete... hehehe... kak liza nanti tolong sediakan yang siap autograph ye...

Kebetulan pada hari yang sama Kak Liza menyambut birthdaynya yang... ke berapa ek kak? lupa lak nak tanya... anak2 sporting sungguh... che abe dia pun sama...


jambangan dari anak2


kotak besar tu dr anak sulungnya Azlan... tp si hensem yg kat sebelah tu bukan la azlan tapi adiknya Azri... betul ke kak liza?

Tapi yang bawah nih...

saja... nak enterframe jugak...


Monday, 20-Jul-2009 16:22 Email | Share | | Bookmark
Ayam Mayonis

 
Mari cuba yang ni pulak... sedap tau... tak percaya?! hah... cuba la. Sayang pulak tengok mayonis berlebihan tu, so, cari ler alternative camana nak perabih... ni la jadinya. Sebelum ni mmg pernah terbaca masakan yang dimasukkan mayonis, cuma tak tau sukatan jer. apalagi, wa pun belasah jer lah...


Ayam Mayonis

4 ketul peha ayam di goreng
1 batang seleri - potong serong
2 sudu besar cedawan hiris dalam tin
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan mayonis
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

bahan hiris:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

bahan hiasan:
1/2 biji bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
1 biji cili hijau - hiris serong


Panaskan minyak dalam kuali tumiskan cili kisar. Kacau rata hingga garing dan pecah minyak.

Masukkan bahan hiris dan kacau hingga naik bau. Masukkan sos cili, cendawan, seleri, garam dan gula secukupnya. Masukkan air dan kacau rata hingga mendidih. (Nak cepat masukkan air panas).

Masukkan ayam dan mayonis, kacau rata. Tutup api dan masukkan bahan hiasan dan gaul hingga semua bahan sebati.

Hidangkan bersama nasi panas.



[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net