By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 15-Jan-2010 03:53 Email | Share | | Bookmark
JJCM - Penang III : Showtime!!!!

terkedek2 masuk pesta
dah nak mula
 
View all 43 photos...
ni waktu show time... mat rock and the gang performed kat Pesta Penang... dah tak larat nak citer, tengok jer la gambar2 tu... tp sebahagian gambar jer la... tak larat nak upload semua. ni pun pending lama dah...



Friday, 15-Jan-2010 02:34 Email | Share | | Bookmark
JJCM - Penang II

 
 
 
View all 19 photos...
Sambung la entry lepas...

Selepas kami bertemu mamazieza (MZ) di tempat yg dijanjikan, MZ terus bawa kami ke hotel untuk menghantar mat rock & frenz to check-in. Selepas tu terus ke tapak pesta Sg Nibung - acara tunjuk arah la ni. Orang berpusu keluar, kami pulak berpusu2 masuk sbb mat rock nak jumpa promoter. Nak berjalan sekitar pesta, kebanyakkan gerai dah tutup sbb dah tengah malam. Padan ler muka suker sangat wat keja selo selo... kan dah lambat sampai...

Selesai semua urusan mat rock, MZ bawa kami hak perempuan2 + Iman kembali ke rumahnya untuk Zzzzzzzzzzzzzzzz...




Anak2 MZ, tiga jer ada sorang lagi di kolej. yang kita pelik kan... kenapa anak2 MZ ni diam jer ye... susah nak dengar suara... tak boleh nak compare ngan omaknyer.... jangan marah mama...

********************** intermission********************

Pagi esoknya, pagi2 dah keluar ngan MZ ke Tesco... anak2 tinggal kat rumah ler. Lepas jumaat, mat rock n frenz datang mengisi perut untuk lunch but we had a very late lunch sbb kami bekfes (ada roti canai, roti telur dan nasi lemak) lambat.


hello... kok ye pun pandang la kiri kanan...

Hidangan hari tu Ikan Sembilang masak asam pedas resipi MZ, kita tolong masak jer... , Kailan goreng, ikan goreng dan ayam goreng. Bukan main selera lagi memasing membaham... sedap atau lapar??? kalau kerana kesedapan airtangan kami, alhamdulillah... nak kata lapar, masa bekfes boleh tahan jugak , tapi yang nyata... memang licin lah... Anak2 pun happy jer...



sorry... asam pedas ngan kailan tak der dlm gambar sbb terlupa nak snap...

Ikut perkiraan nak keluar cari jeruk meruk yg popular kat Penang... Penat atau kenyang? tak tau ler mana satu penyebabnya, kita tertidur sampai petang dekat maghrib... masyallah... celik2 jer dah ada benda bulat2 atas meja. Satu biji sekali ngap... lembutz... Dah lewat gini malas la... Tunggu nnt konon gi ke Pesta nak tengok mat rock terkinja2, boleh cari jer kat sana.

cekodok pisang

Lepas maghrib nak keluar... ramai2 ke Pesta Penang... memasing excited...


Saturday, 9-Jan-2010 08:00 Email | Share | | Bookmark
JJCM - Penang I

belum apa2 biar tempel muka dulu
berhenti makan di ladang bikam
 
View all 41 photos...
Dah lama tak buat entry apa2... arini kita paksakan diri utk update apa aje...

ok... meh nak citer perjalanan ke utara untuk tahun 2009. peh! cam rutin wajib lak ye... tp mmg setiap tahun kalau ada ruang akan melancung dan melencung ke utara semenanjung. Sebenarnya kita ni ada abang 3 beradik di utara. Berkahwin dan berkeluarga di sana. So, sambil berjalan sambil melawat mereka or vs versa... boleh gitu? hehehe...

Kalau selalu kita akan terus ke Perlis, tapi tahun ni ada penambahan negeri... kita singgah di Pulau Pinang. Eeee... seronoknya sbb kita jarang dpt menyeberang selat kalau tidak ada hal penting. Tak pernah dapat pergi ke Pesta Penang yg glamor tu... Tahun ni Mat Rock n the gang dapat peluang perform di Pesta Penang pada hari Xmas. Tu yg teruja nak mengekor... lagipun I need a break...

Perjalanan dimulakan pada 24hb Dec, 2009 selepas Along mengambil result PMRnya. Kalau tak kerana itu harus... sebelum subuh kami dah bergerak. Memang kami gemar memulakan perjalanan di awal pagi, redup dan sejuk... jalan pun tenang, perjalanan jadi mudah.

Konvoi 2 buah kereta, kami anak beranak dalam 1 kereta, bandboys satu kereta lain. Kita sempat la masak bekalan utk di makan sewaktu dalam perjalanan. Berhenti di Rehat Sebelah Ladang Bikam sebelum meneruskan perjalanan lagi.




Actually, 3 hari sebelum itu, bassist mat rock mengalami kemalangan. agak teruk jugak. berjahit di dagu, jari powernya dan jugak di lutut. Ingatkan tak dapat la nak perform , tp semangat Man Tobey ni kuat. Hari ke2 selepas kemalangan, dia dah turun praktis... anggota lain sebenarnya risau jugak... melihatkan semangatnya yg kuat tak kisah pada kesakitannya, kita teruskan juga. Sebenarnya kalau tak jadi mmg hampa la sbb dah lama menanti peluang...


man tobey

Kami berehat lagi di RnR Bukit Gantang sambil2 solat maghrib dan 'ngeteh'.




selesai semua teruskan perjalan ke penang. disebabkan dah malam, kami menyeberang melalui jambatan pulau pinang. best ler tengok neon di sepanjang jambatan. nak citer lebih tak tau, sbb gelap tak nampak apa melainkan sejalur cahaya lampu di kaki langit


toll booth jambatan pulau pinang


apa dia nak buat nih?

ooo... potong que ye... tak berdisiplin sungguh... anak sapa lah nih?


cahaya neon di sepanjang jambatan


Kami sampai kira2 10.30 malam. Sebelum tu dah buat appointment ngan mamazieza yg pames kat penang tu. arahan jalan dia dah beri awal2 lagi. Malam tu, mat rock n bandboys tidur kat hotel, sbb mereka kan ada tugas yg lain. Biarkan dia settlekan kerja... Kita tak campur.

Kita dan anak2 lepak dirumah mamazieza. Terimakasih banyak ye mama, lenkali kami ke penang dah tau mana nak tuju.


tunggu mamazieza di sini, dah janji kalau gi penang nak gi rumah dia



sambil menanti tu anak2 berposing...

eh... emak pun ada jugak


Puteri puteri Man Tobey


rizal (gitaris) dan omar (technician) - ni 2 orang susah betul nak tangkap gambar mereka...


Nanti sambung kat entry lain ye... rehat dulu...


Tuesday, 8-Dec-2009 06:25 Email | Share | | Bookmark
Sambal Tumis Udang Petai, Buncis Goreng, Siakap Masam Manis

Patut dah lama posting... main campak2 jer... bahasa pun campur2, rojak betul... eh! bukan... 1 Malaysia...


sambal tumis udang petai

300g prawns - shelled
petai - amount of your choice
4 tbsp blended chillies
3 shallots
1 clove garlic
tamarind pulp (take out the seeds)
1 big onion - sliced
salt n sugar to taste
3 tbsp cooking oil

Pound shallots, garlic and tamarind pulp together.
Heat cooking oil in a pan. Stir fry blended chillies till cook and throw in pounded ingredients and stir fry to fragrant.
Put in prawns and petai. Keep stirring till all prawns and petai covered with chillies mixture. Throw in salt and sugar. Mix well.
Lastly, throw in sliced big onion in and stir well till onion a bit soft.

Enjoy!!!


Kacang Buncis Goreng Telur

1 pack kacang buncis - bersihkan / french beans
1 sudu besar bawang merah kisar / 1 tbsp blended shallot
1 sudu kecil bawang putih kisar / 1 tsp blended garlic
5 biji cili padi - ketuk / 5 bird chillies - crushed
50 gm udang - dibersihkan / 50 gm prawns
2 biji telur - dipukul sedikit / 2 eggs lightly beaten
garam secukup rasa / salt to taste
2 sudu besar minyak masak / 2 tbsps cooking oil

Heat oil in a pan. Stir fry onion till fragrant. Throw in french beans, prawns andd chillies, fry for 5 second. Add in salt to taste.
With low heat, add in beaten eggs. Stir the eggs with all ingredients with high heat till the eggs evenly cooked.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang hingga naik bau. Masukkan kacang, udang dan cili, kacau goreng selama 5 saat. Tambah garam secukup rasa.
Kecilkan api dan masukkan telur dan ratakan. Kacau goreng ngan api besar untuk seketika atau sehingga telur masak rata.



Siakap Masam Manis

1 ekor siakap - bersihkan, perap bersama garam + pepper dan goreng
2 sudu besar pes cili
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 inci halia - cincang
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 biji bawang besar - hiris
2 biji cili merah + 1 biji cili hijau - hiriscarrot - potong ikut sukagaram gula secukupnyaminyak utk menumis

Letakkan ikan yg telah digoreng kedalam pinggan hidang.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar dan halia, goreng hingga terbit minyak. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan carrot. Biarkan didih.
Masukkan bahan hiris, garam dan gula secukup rasa. Tuangkan ke atas ikan tadi.


Sunday, 6-Dec-2009 09:50 Email | Share | | Bookmark
Homemade Steak

 
 
Cuba-cuba buat steak mengikut citarasa sendiri, beginilah jadinya...


Steak - 4 servings
4 pcs steak meat
3 tsps pepper powder
1 tsp oregano
3 tbsps black pepper sauce
2 tbsps lemon juice

mix all ingredients and marinate for at least 30 minutes.
grill on a non-stick pan.

french fries - fried
12 pcs green peas
200 gm cauliflower

deep all veges in salted boiling water. separate the veges and keep the stock aside.


coleslaw
50 gm chopped cabbage
50 gm chopped carrot
1/2 pc big onion - chopped
1 tbsp chopped parsley
5 tbsps mayonnaise
1 tbsp lemon juice

mix all and keep in the fridge a while.


Black Pepper Sauce
Vege stock
1 tsp blended garlic
1/2 pc big onion - chopped
black pepper sauce
tomato ketchup
salt and sugar to taste
2 tsps flour - dissolved with 2 tbsps water

Without washing the grill pan, pour in vege stock + blended garlic + black pepper sauce + tomato ketchup, bring to boil. Add salt + sugar and the flour mixture. Stir well untik become thicken.




[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net