By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Thursday, 22-May-2008 08:48 Email | Share | | Bookmark
Tumis Air Kobis Sotong

 
Wa ni kalau masak mmg suka yang berair2 nih... ala2 sup. Rebus ke tumis tak kisah. Anak2 pun suka gak. Kalau kena gaya mmg bertambah2. Tu sebab masak nasik mmg wa sukat cukup2 jer, paling banyak 2 senduk nasi tiap orang. hehehe... bukan kedekut, nnt kalau nampak nasik banyak, makan tak hengat donia main belasah jer...

Kali ni wa masak tumis air kobis campur sotong. Lawan dia ikan goreng atau ikan masin goreng atau ikan pekasam. Wallah... tambah pulak ngan sambal. Tak kira sambal belacan, sambal tumis, sambal tempoyak... asal pedas dah ok... cukup tu... pehhhhhhh!!! Bila dah kepedasan hirup pulak kuah air tu...phewwwwwwww!!!



Tumis Air Kobis Sotong

4 helai kelopak kobis - potong memanjang
1 ekor sotong besar - dibersih, kelar2 dan ptg kecil
1 biji bawang merah sebesar bola pingpong - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
2 sudu besar minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh)
2 cawan air
garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika mahu)

Panaskan minyak zaitun dalam kuali (wajan). Tumiskan bahan hiris hingga layu.
Masukkan sotong kemudian air. Biar mendidih.
Masukkan sayur kobis dan perasakan garamnya. Campurkan serbuk perasa jika mahu. Renih sebentar. Tutup api.
Hidangkan.



Thursday, 22-May-2008 04:14 Email | Share | | Bookmark
My Princess Cake

 
 
Ini hasil pertama kek deko yang wa guna konsep transfer. Dengan line yang berliku2 sbb tangan menggigil... simen yang tak buleh nak rata... idea yang ciput.
Dr jauh nampak comey... dr dekat... mak oiiii tobat... kek dalam sponge kek jer, cam biasa ler jln pintas... kastemer nak murah n besor, kita nak senang n ada sikit untung lah...





Standard Sponge Cake

500g sponge mix
8 biji telur
100 ml susu/air
100 ml minyak
Essence of your choice

In a bowl, combine sponge mix, eggs and milk/water. Beat high speed until light n fluffy.
Dengan senduk kayu atau tangan, kaup balik minyak dan essence hingga sebati.
Bakar pada suhu 175-180 darjah celcius (ikut kesesuaian oven anda) sehingga masak.
Keluarkan dr oven, terbalikkan loyang di atas redai. Biar sejuk.
Hiaskan.




Thursday, 22-May-2008 02:20 Email | Share | | Bookmark
Tauhu Kukus

 
Resipi ni kita olah sendirik. Selalu makan kat restoran ala-ala cina. Sedap sangat. Nak selalu ke situ parah lah kan... So, kita pun try la resipi baling2 campak buang. Rasa pun lebih kurang jer dengan yang kita makan kat Restoran Cina Muslim kat tempat kita tu. Boleh tahan gak reganya. Sekarang ni kalau buleh semua nak buat sendirik, tak tertanggung rasanya nak makan selalu kat restoran. Semua naik bebbbb...



Tauhu Kukus

1 pack tauhu lembut
2 sudu besar oyster sauce
bawang putih - cincang
sesame oil
bawang goreng
daun bawang - potong kecil

Didihkan air dalam pengukus.
Letakkan tauhu atas piring tahan panas. Campurkan oyster sauce dan bawang putih. Gaul. Tuangkan ke atas tauhu.
Kukus selama 15 minit
Renjiskan minyak bijan dan taburkan bawang goreng dan daun bawang.
Hidangkan.


Quote:
Steamed Bean Curd

1 pack soft tauhu (soy bean curd)
2 tbsps oyster sauce
garlic - crushed or chopped
sesame oil
fried onion
chopped spring onion

Boil water in a steamer.
Place bean curd on plate. Combine chopped garlic and oyster sauce. Mix well. Pour on the curd.
Steam for 15 minutes.
Sprinkle with sesame oil, fried onion and chopped spring onion.
Serve.


Tuesday, 20-May-2008 08:45 Email | Share | | Bookmark
Pencuk Nenas

 
Hectic and fatigue... 3 weeks in a row starting with 2 days training and came back to the office - a list of documents was waiting on my table. My boss just SMS what to do with the list because he had left to Kemaman earlier with the other colleague. More than 200 documents to be dragged out from the shelves and be lined up in his room... berpeluh acik... getting worst when he came back to the office... hundreds of documents in his car boot... hohoho... I was assigned to make sure each original and copy must be identical in content. Pening acik... ni keja engineer... belasah jer la... Alhamdulillah... it's over... so now, I have time to daydreaming...

bila dah tak bz tu, dok termenung, tiba-tiba teringat satu juadah arwah mak dr buah nenas... ish... tak pernah jumpa lagi orang lain buat. So, terus call Kak Itam kat JB sebab dia ni ada ciri2 bakat arwah sikit... minta dia ingatkan bahan dan camana nak buat. Sebenarnya senang sangat-sangat... tapi dah ingat2 lupa kan... tak der confident. Arwah mak panggil 'Pencuk Nenas'. Boleh makan dengan nasi atau macam tu jer... peh... air liur dah nak meleleh...



Pencuk Nenas

1 bijik nenas separuh masak
5 biji cili merah (tambah cili api utk lebih pedas)
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
belacan - dibakar
garam dan gula secukup rasa

Nenas dibuang kulit, bersihkan dan racik halus.
Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih dan belacan.
Gaulkan nenas dan bahan yang ditumbuk tadi.
Perasakan dengan garam dan gula.



Friday, 16-May-2008 03:57 Email | Share | | Bookmark
Sup Tauhu Rebus

 
Ni untuk kengkawan yang sedang ber'diet' dan nak lari dari makanan berminyak. Semua main rebus gitu... memang favourite kita ni jenis rebus-rebus, orang jawa ni agaknya memang pesen jenis masak rebus... "beningan"... . Masak pun tak rumit... betul-betul jimat masa.

Lawannya - Nasi putih panas2 + ikan goreng atau ikan masin ker + sambal belacan... sure meleleh peluh tu masa makan... jangan tercungap2 dah ler...


Sup Tahu Rebus

Bahan (sukatan ikut suka)
2 keping tahu soya - di dadu
hirisan lobak merah
daun sup (saderi) - potong 1"
bawang kecil/merah - hiris
ikan bilis/udang (basah atau kering)
2 cawan air
garam secukupnya


Masukkan air, tahu soya, bawang, dan ikan bilis/udang ke dalam periuk. Didihkan di atas api sederhana.
Bila dah mendidih, masukkan hirisan lobak merah. Perasakan garamnya. Renihkan beberapa minit.
Taburkan daun sup sebelum diangkat.
Hidangkan.


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net