By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 2-Jul-2008 11:17 Email | Share | | Bookmark
TAWARAN KURSUS DAN PINJAMAN UNTUK USAHAWAN

Peluang baik untuk sesiapa yang ingin memulakan perniagaan apatah lagi Hari Raya yang akan menjelma tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang ini. Petikan dari Blog Chef Farid, Akademi Bakeri Ria

Quote:
TAWARAN KURSUS DAN PINJAMAN UNTUK USAHAWAN

Assalamaualikum,,, kepada mereka yang berminat menceburi perniagaan Bakeri, Bakeri Ria Academy dengan kerjasama Koperasi Jaringan Usahawan Mikro Berhad (KOJARUM) akan menganjurkan kursus Bakeri dengan disediakan pakej pinjaman melalui Bank Rakyat & Yayasan Tekun Nasional.

Pakej Pinjaman RM 6000.00
Perkara Yang Akan Disediakan:

1. Mixer 8 QT - Buatan Taiwan
2. Oven 1 deck 1 Tray - Buatan China
3. Pakej Kursus Bakeri - 5 Hari
Pilihan Kursus:
* Kursus Biskut raya
* Kursus Butter Cream & Cup Cake Decoration
* Kursus Coklat Buatan Tangan
* Kursus Membuat Bun & Donut
* Kursus Royal Icing Cake Decoration - 2 hari
* Kursus Variety Contenantal Cake
* Kursus Variety Croissant, Danish & Puff Pastry
* Kursus Variety Tartlet, Muffin, Pie & Cream Puff

4. Kursus Pengurusan, Pemasaran & Kewangan - 1 hari
5. Modal Pusingan - RM 1000

Syarat Penyertaan:
1. Memiliki ROC (Syarikat Enterprise)
2. Umur 18 - 40 tahun

Kepada Yang Berminat, Taklimat Pakej Kursus ini akan diadakan .
pada 26 July 2008(Sabtu) jam 10.00 am di Bakeri Ria Academy
(Sila bawa RM 70 untuk pendaftaran SSM)
Pada hari tersebut borang pinjaman akan disediakan

Pertanyaan:
Koperasi Jaringan Usahawan Mikro Berhad
N0 12.1, Tingkat 12, Pertama Kompleks
Jln Tunku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
Tel No : 03-26922032
Tenku Hijrah 019-2667215
En Mohd Syaiful 012-2709896
Cheffarid 019-3824067

klik disini untuk pendaftaran http://cheffarid.com/?page_id=4


Monday, 30-Jun-2008 07:53 Email | Share | | Bookmark
Main Air Di Port Dickson

Aleen
anak aleen, tak tau yg mana satu...
 
View all 20 photos...
Dah lama tak ke PD mandi manda. Memang lama sungguh dekat 10 tahun sejak balik dr PD keta kena langgar dari belakang masa berhenti traffic light merah. Ada jugak pegi sekali masa hantar anak buah praktikal kat politeknik PD. Tapi cuma dok tepi dok main angin jer... air laut tak dpt main... geram jer... rasa cam nak terjun tp iman kecik lagi masa tu, tak buleh terlepas pandang.

Dua minggu lepas, Aleen called... panggil family kita join family dia santai2 kat PD. Apartment dia dah booking cuma kurang korum. Asal mula adik beradik dia nak join, tapi kena lak minggu tu kena collect report card anak memasing, ada lak yang bersukan, jadi diaorang semua kensel. Dah memang rezeki kita agaknya ek... kalau tak mesti lom dapat lagi nak mandi manda kat pantai PD yang pames ames tu...

Sepatutnya LindaZa pun join, tp sampai sudah dia tak sampai ke PD tu. Dengar cerita tergolek kepenatan... Linda kepenatan setelah bergelut ngan kateringnya... husband dia pulak tergolek kepenatan sebab baru lepas habis futsal tornament uish... power rangers betul diorang nih...

Aleen and family dah bertolak hari Jumaat lepas keja. Kami bertolak hari Sabtu selepas ambil report card Iman. Along lak ada perjumpaan Pengakap di sekolah. Itupun dia tuang separuh masa Gitu gini - jam 12 tengahari gak ler. Malam tu kita buat kek buah untuk makan2 masa dok sembang2 la konon... satu adunan bahagi 2, satu bawak ke PD satu lagi nak bagi Kak Rusiah. Bila dah siap cam kecik sangat jadinya. Jadi pagi tu sambil berkemas2 apa yang patut sempat la buat kek satu lagi untuk kak Rusiah. Esoknya 22hb Jun, ada birthday party utk anak kecil dia si Fika. Kira cadangnya balik PD terus la singgah rumah dia kat Bukit Jalil, kek tu sebagai buah tangan ler...



On the way tu, teringat baik hantar terus jer kek tu ke rumah kak Rus, esok tak perlu terkejar2... bukan susah pun. Dalam kereta harum semerbak dengan bau kek buah tu... mana tak nya, keluar oven jer terus masuk kotak... sampai rumah kak rus masih panas lagi...

Aktiviti hari pertama cam biasa ler... upacara melepaskan rindu dendam ngan pantai... hehehe... anak2 la yang paling happy. Iman tu baru ni ler kenal pantai dan air masin dalam erti kata sebenar. Main pasir kat gigi air, bawak diri sendirik jer dia tu...






Baru sekarang dia pandai control diri sendiri, tu pun tak kita tak buleh leka. Dia suka buat apa dia nak buat, tak kira bahaya... dia tak paham... banana boat tu bukan main seronok dia dapat naik... kita lak yang takut . Jauh gak la bot tu bawak pusing...

Anak2 perempuan pun cam tu gak... sampai2 jer terus nak terjun... dah macam itik dah seminggu tak jumpa air...


mak pak pun sama gak... ahaks


terasa cepat sangat matahari melabuhkan dirinya ke peraduan...


ni pulak... xtvt anak2 perempuan dalam bilik...


yg ni berangan nak jadik model apa gamaknya...

ok... esok2 sambung lagi... aksi anak2 di kolam, emak2 dia laut... bapak2????


Thursday, 19-Jun-2008 02:27 Email | Share | | Bookmark
Kek Hantaran

 
 
 
School holidays is over... everyone lead to their normal routines again. Back to work, sending children to school, nothing to rush on... enjoy the weekends peacefully No wedding to attend or may be just have 1 or 2 in the list.

So, these are the cakes I prepared for "hantaran". For this yellow (supposed to be gold???), as a gift to a colleague of mine. Hope she like it...

To my office mate Fuzaini, SELAMAT PENGANTIN BARU

The Aunt asked for very very very bright pink or shocking pink afraid of adding more colors, I thought this is enough... . The cake took very long journey before settled down

Aunt to her niece, TQ Mama Anis - from Selangor to Pagoh, Johor to Gemencih, N9 jauhnya jalan...

And this green one was for BIL son's wedding day to the bride... cool huh?

To Syazwan n Rosmaria, Selamat Pengantin Baru


Tuesday, 17-Jun-2008 08:29 Email | Share | | Bookmark
3-Tiers Wedding Cake

top level
middle
lower level
View all 4 photos...
I know that if I want to move one step ahead, I must do something that I never done before. Here it is... amacam? Ok tak?

With help from a well-known experienced cake decorator - Mdm. Misliha, finally, I managed to proudly stand this 3-tiers wedding cake on Mat Rock nephew's kenduri day. jakun betul mak budak nih, orang lain dah berpuluh2 dia dpt satu kecoh sedonia...



Look at the deco - the flowers especially, masih stiff lagi... tangan masih keras sihhhhhhhhh...


Saturday, 14-Jun-2008 16:50 Email | Share | | Bookmark
Pucuk Paku Goreng

I've been tagged eeemmmm... pucuk paku ni mmg nak kena goreng...

Quote:
Copy from Pucuk Paku
The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog


7 facts:

1. Adik beradik 14 orang dr sepasang ibubapa power beb orang dulu... 7 lelaki, 7 perempuan... 2 team netball... mak pak jadi empire...
2. Buat kek ok, tapi masuk bab biskut - hancus... kalau tak lemau, biskut akan rentung
3. Tak pandai masak, tapi orang suka makan masakan kita Eh ye ker? Aku perasan kottt...
4. Orang jawa yang tak pandai cakap jawa tapi masih mengaku jawa dan bangga jadi anak jawa...
5. Fofular ngan id penyu dalam alam cyber sejak mula berkecimpung lebih 10 tahun dah... ngape ek?
6. Kat opis orang panggil mobile cooking dictionary. Asal pasal memasak jer mesti carik kita. Tak pandai masak tapi ajar orang lagi... pelik gak. tp yang nyato... makan masih di kedai
7. Tak tau nak pass tagg ni kat sapa... nnt kena pk satttt...

Mari kita lihat sapa yang kena... penat ooo... nak pilih nih...
1. http://foodconnection.blogspot.com - sorry pea...
2. http://perantaukitchen.fotopages.com - utk yullina jugak
3. http://chepah75.fotopages.com - tak lupa utk chepah
4. http://nabialishad.blogspot.com - intan ku sayang
5. http://dilabangi.fotopages.com - dila oooooo dila....
6. http://elianas.fotopages.com - ana nun di penang
7. http://bungaros.fotopages.com - ni mangsa last


haaa... lega...


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net