By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 23-Sep-2010 19:23 Email | Share | | Bookmark
Tauhu Lembut Sos Tiram

Pandai2 jer buat resipi sendiri... meh ler cuba...



Tauhu Lembut Sos Tiram

4 keping tauhu lembut - potong 2, goreng, susun dlm pinggan kuah
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
4 sudu besar sos tiram
2 cawan air
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

hiasan - bawang goreng & hirisan daun bawang atau kuchai

Saute bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram ke dalamnya. Kacau rata. Masukkan air, kacau dan biar mendidih. Masukkan cuka kemudian bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Siram atas tauhu siap goreng. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang/kuchai.
Siap untuk dihidang.


Thursday, 23-Sep-2010 19:05 Email | Share | | Bookmark
Lontong Merah Mama Ghock

 


Hahaha... jangan terkejut, dah lama tak buat entry tiba2 tengok kuah lontong warna merah ni. Saja jer tukar rupa dia, asik kuning jer kan boring. Upgrade sikit bagi glamour la... semangat sikit nak makan.

Bahan2 macam biasa la jugak cuma lebihkan cili kisar dalam tumisan. Sebenarnya malas nak buat sambal asing. Ikan bilis kita dah kisar sekali dengan bawang dan cili. Kalau berani, cuba la!

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
½ inci halia hiris
2 sudu ikan bilis
2 senduk kecil cili kering siap kisar
½ sk jintan kasar (manis) siap kisar
½ sk jintan halus (putih) siap kisar

1 batang serai - dititik
1 helai daun salam
½ inci lengkuas - diketuk
200 g udang hidup – buang hujung yg tajam
¼ cawan minyak utk menumis

Bahan sayur di potong kecil ikut selera:-
4 kelopak daun kobis
6 batang kacang panjang
½ batang lobak merah
½ biji sengkuang kecil
2 biji kentang – potong kecil dan goreng
3 keping tauhu – dipotong kecil dan goreng
1 keping tempe – dipotong dan digoreng
10 gm kincham – direndam
1 keping tahu kering - rendam
50 gm su'un – direndam
lada merah dan hijau – dipotong serong
1.5 ltr santan sederhana cair
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan udang dan gaul sebati dan masukkan santan, serai, daun salam, lengkuas dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu diakhiri dengan su’un dan tauhu kering dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga mendidih dan sayur lembut.
3. Siap untuk dihidang bersama lontong, ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.



Tuesday, 16-Mar-2010 03:55 Email | Share | | Bookmark
JJCM - Padang Besar

 
 
 
View all 48 photos...
Padang Besar... oppsss!!! yg ni pun destinasi wajib jugak. mmg tak pernah lepas ler... bukan membeli pun tp lebih pada mengeratkan silaturrahim sesama islam.

Selepas habis pusing pulau lagenda tu, melawat PB adalah misi utama setiap JJCM ke utagha. Seperti di Langkawi, pergi ke PB kali ni cuma untuk berjumpa saudara mara angkat kami yang merupakan orang2 Thailand dan meniaga di PB, Perlis. Kerana kesuntukkan masa, kali ni kami tidak menyeberang sempadan, cuma di sebelah Perlis jer.


ikut signboard kaler cekelat tu...

Xtvt window shopping berjalan seperti biasa cuma masa yg di ambil singkat sekali. Beli jer apa yg patut dah tu balik, tidak spt selalu mau pusing satu kompleks bulat tu...


kedai barangan perkahwinan dan hiasan Kak Nab
tiap kali dtg, ni la kedai pertama yg dituju. bukan apa, saja tanya kabar dulu... baru sambung 'tawaf kidai'


papantanda di kompleks bulat


kedai mejual beg Abg Hasan (adik Kak Nab) terletak di tingkat 1 betul2 di hadapan tangga utama kompleks bulat.


memilih beg masing2...

bhg dalam kompleks bulat



boleh tahan mahal slipper nih...


penat pusing2 kita singgah sini dulu... kumpul tenaga baru

kita minum dulu...

dah tu pekena pulut ayam pulak...


tenaga dah recharged... sambung tawapkidai lagi...


penat... lepak lagi...


sebelum balik, tapau laksa siam

patutlah kulit org siam halus... kaya ngan ulam2am


somtam pun ada... dan kuah laksa


sapa tau ni daun apa? namanya...


Monday, 15-Mar-2010 05:48 Email | Share | | Bookmark
JJCM - Langkawi

dr K Perlis
 
 
View all 72 photos...
Selepas Penang, destinasi seterusnya adalah Pulau Langkawi. Mmg macam dah jadi agenda wajib lak menghabiskan masa di pulau lagenda nih. Tak banyak yg boleh di'shopping'kan di sana... setakat tengok2 buleh la... ni baru betul destinasi bajet. Rasanya lepas ni kalau ada fulus lebih baru singgah la... Serba serbi mahal... lagipun yg boleh dibeli rasa2nya sama jer cam sebelum nih... coklat pun lebih kurang kat sini gak... yg murah tu, yg tak lalu ditelan. kalau cokelat pujaan tu, puluhan gak reganya...

Ambil feri di jeti Kuala Perlis ke jeti Kuah, untuk 3 dewasa dan 2 kanak kanak, RM160 return. Terasa sungguh la mahalnya , kat pulau sewa keta buruk jer, RM80 harga sedara , nasib baik tak overnite kat sana... entah berapa la pulak ratenya...


jeti kuala perlis


mamat ni cam biasa la, pantang ada peluang... dia terus zzzzzzzzz...


dah sampai jeti kuah... sorry la, gambor lupa nak pusing... teleng skit ler...


waktu berlegar2 di jeti, terpandang kiosk ni... menarik sungguh...


berkenan la tu...


betulkan cantik... tp tak lak berkuasa untuk membelinya... maklum destinasi bajet


dr jeti terus ke makam mahsuri... bukan apa, saja nak bawak 2 beradik tu yg tak pernah smp langkawi...


dah tak macam dulu... skrg dah ada complex...


cari sovenir sikit2... kakak2 tu offer minyak gamat, hak 4 tahun dulu pun tak habis lagi... asik2 gamat... asik2 gamat... kalau ke langkawi mesti buahtangan gamat... ish... tak larat dah...


menuju ke Pantai Cenang


suasana Pantai Cenang dibawah panas terik...


tenang...


sebelum berlepas posing2 dulu kat sini...


tak tau la bapak orang ni posing gaya apa


isi perut dulu sebelum masuk ke feri... jumpa lak kaum (peminat mat rock agaknya), makan tu semua siap tapau, on the house... selamat acik...




dah lepas semua...


pilihlah haluan anda



feri yang akan membawa kami ke Kuala Perlis


dah selamat sampai ke jeti KP


Monday, 15-Mar-2010 03:41 Email | Share | | Bookmark
JJCM - Penang IV (Last Call)

layan anak2...
 
 
View all 29 photos...
Emmm... bosan ek, tak habis lagi citer penang. Nak buat camana, reporter busy ngan macam2 xtvt, cam nak control dunia.

jom la, nak habiskan sessi JJCM Penang ni, tengok lak xtvt belakang tabir setelah selesai showtime.

Mamazieza n family belanja kami makan di mamak yg pames... x hengat nama daaa...

sebelum meneruskan perjalan bergambar kenangan dulu la...





[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net