Want your
own Fotopage?





















 


By: Sweet n Spicy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 15-Jan-2010 02:34 Email | Share | | Bookmark
JJCM - Penang II

 
 
 
 
Nadia
Fitri or Fikri? sorry lupa...
 
Diyana
 
View all 19 photos...
Sambung la entry lepas...

Selepas kami bertemu mamazieza (MZ) di tempat yg dijanjikan, MZ terus bawa kami ke hotel untuk menghantar mat rock & frenz to check-in. Selepas tu terus ke tapak pesta Sg Nibung - acara tunjuk arah la ni. Orang berpusu keluar, kami pulak berpusu2 masuk sbb mat rock nak jumpa promoter. Nak berjalan sekitar pesta, kebanyakkan gerai dah tutup sbb dah tengah malam. Padan ler muka suker sangat wat keja selo selo... kan dah lambat sampai...

Selesai semua urusan mat rock, MZ bawa kami hak perempuan2 + Iman kembali ke rumahnya untuk Zzzzzzzzzzzzzzzz...




Anak2 MZ, tiga jer ada sorang lagi di kolej. yang kita pelik kan... kenapa anak2 MZ ni diam jer ye... susah nak dengar suara... tak boleh nak compare ngan omaknyer.... jangan marah mama...

********************** intermission********************

Pagi esoknya, pagi2 dah keluar ngan MZ ke Tesco... anak2 tinggal kat rumah ler. Lepas jumaat, mat rock n frenz datang mengisi perut untuk lunch but we had a very late lunch sbb kami bekfes (ada roti canai, roti telur dan nasi lemak) lambat.


hello... kok ye pun pandang la kiri kanan...

Hidangan hari tu Ikan Sembilang masak asam pedas resipi MZ, kita tolong masak jer... , Kailan goreng, ikan goreng dan ayam goreng. Bukan main selera lagi memasing membaham... sedap atau lapar??? kalau kerana kesedapan airtangan kami, alhamdulillah... nak kata lapar, masa bekfes boleh tahan jugak , tapi yang nyata... memang licin lah... Anak2 pun happy jer...



sorry... asam pedas ngan kailan tak der dlm gambar sbb terlupa nak snap...

Ikut perkiraan nak keluar cari jeruk meruk yg popular kat Penang... Penat atau kenyang? tak tau ler mana satu penyebabnya, kita tertidur sampai petang dekat maghrib... masyallah... celik2 jer dah ada benda bulat2 atas meja. Satu biji sekali ngap... lembutz... Dah lewat gini malas la... Tunggu nnt konon gi ke Pesta nak tengok mat rock terkinja2, boleh cari jer kat sana.

cekodok pisang

Lepas maghrib nak keluar... ramai2 ke Pesta Penang... memasing excited...

tumpang iklan tuan tanah....

nak tambah side income mudah giler tau.. just click and dapat $$$$$$...senang giler trylah x tipu... click website nie and start joint.....

http://www.dapatwang.com/?id=E_oneridz
Thu 28-Jan-2010 01:28
Posted by:ewan  - [Link]
Dapatkan Tudung Ala Ekin Ariani corak eksklusif harga berpatutan

Dapatkan juga free gift dengan setiap pembelian

Akan datang : Tudung Syria, Shawl, Kain Cotton, Blouse, Jubah, dll

klik sekarang ->> http://prettymuslimahfashion.blogspot.com
Sat 30-Jan-2010 16:23
Posted by:Pretty Muslimah  - [Link]
PELUANG BEKERJA DARI RUMAH !!


Anda mampu menjana pendapatan RM350-RM700 seminggu secara sambilan atau RM500-RM1500 seminggu dengan sepenuh masa mengikut kerajinan dan kemahuan anda sendiri, hanya dari rumah. Anda bos dan anda adalah pekerja kepada diri anda sendiri.

Tak perlu ada pejabat, tak perlu jumpa orang, Tiada unsur-unsur penipuan dalam pekerjaan ini!!
Syarat kelayakan:
1.) terbuka untuk semua bangsa
2.) berumur 18 tahun ke atas (profesional, amatur, pelajar atau suri rumah)
3.) ingin menambah pendapatan

Anda hanya perlu membayar RM10 untuk dapatkan cara dan panduan bagaimana anda boleh mula bekerja. Bayaran ini adalah untuk anda memulakan pekerjaan di samping dapatkan maklumat dan panduan yang lebih lengkap tentang kerja anda. Tiada bayaran kedua yang akan di kenakan. Selepas mendapat panduan, anda boleh mula bekerja serta merta. Pekerjaan ini adalah sah di sisi undang-undang.

Untuk mendapatkan maklumat dan panduan tentang pekerjaan ini, anda perlu bank in wang sebanyak RM10 ke dalam akaun AmBank seperti yang tertera di bawah:

Akaun : AMBANK
No. Akaun : 2440020002123
Penama Akaun : MOHD ZAHORI BIN ZAID

Selepas bank in wang sebanyak RM10, sila email bukti bayaran seperti tarikh bank in, masa dan jumlah ke spcomment@ymail.com
Atau sms butiran tersebut ke 0122538761 untuk semakan.

Contoh: Tarikh : 01/01/2010
Masa : 11:15 AM
Jumlah : RM10

PENTING : Sila emailkan melalui email address anda yang betul dan sekiranya melalui sms, sila sertakan email address anda kerana selepas semakan bayaran di buat, anda akan menerima maklumat dan panduan tersebut melalui email yang anda berikan. Anda akan terima panduan tersebut selewat-lewatnya 48 jam dari tarikh anda membuat bayaran.

Keputusan anda hari ini dapat merubah masa depan anda.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selamat Berjaya.
Sun 7-Feb-2010 14:59
Posted by:hamziz spcomment@ymail.com
View all 9 comments Add comment


Saturday, 9-Jan-2010 08:00 Email | Share | | Bookmark
JJCM - Penang I

belum apa2 biar tempel muka dulu
berhenti makan di ladang bikam
 
 
 
 
View all 41 photos...
Dah lama tak buat entry apa2... arini kita paksakan diri utk update apa aje...

ok... meh nak citer perjalanan ke utara untuk tahun 2009. peh! cam rutin wajib lak ye... tp mmg setiap tahun kalau ada ruang akan melancung dan melencung ke utara semenanjung. Sebenarnya kita ni ada abang 3 beradik di utara. Berkahwin dan berkeluarga di sana. So, sambil berjalan sambil melawat mereka or vs versa... boleh gitu? hehehe...

Kalau selalu kita akan terus ke Perlis, tapi tahun ni ada penambahan negeri... kita singgah di Pulau Pinang. Eeee... seronoknya sbb kita jarang dpt menyeberang selat kalau tidak ada hal penting. Tak pernah dapat pergi ke Pesta Penang yg glamor tu... Tahun ni Mat Rock n the gang dapat peluang perform di Pesta Penang pada hari Xmas. Tu yg teruja nak mengekor... lagipun I need a break...

Perjalanan dimulakan pada 24hb Dec, 2009 selepas Along mengambil result PMRnya. Kalau tak kerana itu harus... sebelum subuh kami dah bergerak. Memang kami gemar memulakan perjalanan di awal pagi, redup dan sejuk... jalan pun tenang, perjalanan jadi mudah.

Konvoi 2 buah kereta, kami anak beranak dalam 1 kereta, bandboys satu kereta lain. Kita sempat la masak bekalan utk di makan sewaktu dalam perjalanan. Berhenti di Rehat Sebelah Ladang Bikam sebelum meneruskan perjalanan lagi.




Actually, 3 hari sebelum itu, bassist mat rock mengalami kemalangan. agak teruk jugak. berjahit di dagu, jari powernya dan jugak di lutut. Ingatkan tak dapat la nak perform , tp semangat Man Tobey ni kuat. Hari ke2 selepas kemalangan, dia dah turun praktis... anggota lain sebenarnya risau jugak... melihatkan semangatnya yg kuat tak kisah pada kesakitannya, kita teruskan juga. Sebenarnya kalau tak jadi mmg hampa la sbb dah lama menanti peluang...


man tobey

Kami berehat lagi di RnR Bukit Gantang sambil2 solat maghrib dan 'ngeteh'.




selesai semua teruskan perjalan ke penang. disebabkan dah malam, kami menyeberang melalui jambatan pulau pinang. best ler tengok neon di sepanjang jambatan. nak citer lebih tak tau, sbb gelap tak nampak apa melainkan sejalur cahaya lampu di kaki langit


toll booth jambatan pulau pinang


apa dia nak buat nih?

ooo... potong que ye... tak berdisiplin sungguh... anak sapa lah nih?


cahaya neon di sepanjang jambatan


Kami sampai kira2 10.30 malam. Sebelum tu dah buat appointment ngan mamazieza yg pames kat penang tu. arahan jalan dia dah beri awal2 lagi. Malam tu, mat rock n bandboys tidur kat hotel, sbb mereka kan ada tugas yg lain. Biarkan dia settlekan kerja... Kita tak campur.

Kita dan anak2 lepak dirumah mamazieza. Terimakasih banyak ye mama, lenkali kami ke penang dah tau mana nak tuju.


tunggu mamazieza di sini, dah janji kalau gi penang nak gi rumah dia



sambil menanti tu anak2 berposing...

eh... emak pun ada jugak


Puteri puteri Man Tobey


rizal (gitaris) dan omar (technician) - ni 2 orang susah betul nak tangkap gambar mereka...


Nanti sambung kat entry lain ye... rehat dulu...

tumpang iklan tuan rumah...

kalau ade yg mencari rumah tumpangan/homestay kat PD, kami ade menyediakan Rumah Tetamu/HOMESTAY di Tmn Dato Hj Abdul Samad, Batu 4 Port Dickson. Lengkap dgn segala kelengkapan yg perlu. untuk keterangan lebih lanjut lawati:

http://diang-lukut.fotopages.com
Wed 13-Jan-2010 09:44
Posted by:diang lukut  - [Link]
Salam ... seronok kalau ada kerja sambil dapat jenjalan sekali dgn keluarga ye? Melancung dan melencung semua ada .... Sat 16-Jan-2010 02:17
Posted by:kak ija  - [Link]
Dapatkan Tudung Ala Ekin Ariani corak eksklusif harga berpatutan

Dapatkan juga free gift dengan setiap pembelian

Akan datang : Tudung Syria, Shawl, Kain Cotton, Blouse, Jubah, dll

klik sekarang ->> http://prettymuslimahfashion.blogspot.com
Sat 30-Jan-2010 16:24
Posted by:Pretty Muslimah  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 8-Dec-2009 06:25 Email | Share | | Bookmark
Sambal Tumis Udang Petai, Buncis Goreng, Siakap Masam Manis

Patut dah lama posting... main campak2 jer... bahasa pun campur2, rojak betul... eh! bukan... 1 Malaysia...


sambal tumis udang petai

300g prawns - shelled
petai - amount of your choice
4 tbsp blended chillies
3 shallots
1 clove garlic
tamarind pulp (take out the seeds)
1 big onion - sliced
salt n sugar to taste
3 tbsp cooking oil

Pound shallots, garlic and tamarind pulp together.
Heat cooking oil in a pan. Stir fry blended chillies till cook and throw in pounded ingredients and stir fry to fragrant.
Put in prawns and petai. Keep stirring till all prawns and petai covered with chillies mixture. Throw in salt and sugar. Mix well.
Lastly, throw in sliced big onion in and stir well till onion a bit soft.

Enjoy!!!


Kacang Buncis Goreng Telur

1 pack kacang buncis - bersihkan / french beans
1 sudu besar bawang merah kisar / 1 tbsp blended shallot
1 sudu kecil bawang putih kisar / 1 tsp blended garlic
5 biji cili padi - ketuk / 5 bird chillies - crushed
50 gm udang - dibersihkan / 50 gm prawns
2 biji telur - dipukul sedikit / 2 eggs lightly beaten
garam secukup rasa / salt to taste
2 sudu besar minyak masak / 2 tbsps cooking oil

Heat oil in a pan. Stir fry onion till fragrant. Throw in french beans, prawns andd chillies, fry for 5 second. Add in salt to taste.
With low heat, add in beaten eggs. Stir the eggs with all ingredients with high heat till the eggs evenly cooked.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang hingga naik bau. Masukkan kacang, udang dan cili, kacau goreng selama 5 saat. Tambah garam secukup rasa.
Kecilkan api dan masukkan telur dan ratakan. Kacau goreng ngan api besar untuk seketika atau sehingga telur masak rata.



Siakap Masam Manis

1 ekor siakap - bersihkan, perap bersama garam + pepper dan goreng
2 sudu besar pes cili
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 inci halia - cincang
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 biji bawang besar - hiris
2 biji cili merah + 1 biji cili hijau - hiriscarrot - potong ikut sukagaram gula secukupnyaminyak utk menumis

Letakkan ikan yg telah digoreng kedalam pinggan hidang.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar dan halia, goreng hingga terbit minyak. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan carrot. Biarkan didih.
Masukkan bahan hiris, garam dan gula secukup rasa. Tuangkan ke atas ikan tadi.

UNTUK KOLEKSI FESYEN BLOUSE,BAJU KURUNG,T-SHIRT,JUBAH DAN TUDUNG 2010 TERBARU ANDA BOLEH LAWATI
-http://tropika.r8.org
-http://Butiktropika.blogspot.com
-http://butik_tropika.fotopages.com
Sun 3-Jan-2010 06:50
Posted by:unnamed
ekekek...ikan kukus air asam tu sempoi je..
ikan tu gaul garam skit, kukus
pastu stanby air asam
dh siap kukus, curah je air asam...
hohohohoho...
Wed 6-Jan-2010 08:18
Posted by:nuanza  - [Link]
Dapatkan Tudung Ala Ekin Ariani corak eksklusif harga berpatutan

Dapatkan juga free gift dengan setiap pembelian

Akan datang : Tudung Syria, Shawl, Kain Cotton, Blouse, Jubah, dll

klik sekarang ->> http://prettymuslimahfashion.blogspot.com
Sat 30-Jan-2010 16:24
Posted by:Pretty Muslimah  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Sunday, 6-Dec-2009 09:50 Email | Share | | Bookmark
Homemade Steak

 
 
Cuba-cuba buat steak mengikut citarasa sendiri, beginilah jadinya...


Steak - 4 servings
4 pcs steak meat
3 tsps pepper powder
1 tsp oregano
3 tbsps black pepper sauce
2 tbsps lemon juice

mix all ingredients and marinate for at least 30 minutes.
grill on a non-stick pan.

french fries - fried
12 pcs green peas
200 gm cauliflower

deep all veges in salted boiling water. separate the veges and keep the stock aside.


coleslaw
50 gm chopped cabbage
50 gm chopped carrot
1/2 pc big onion - chopped
1 tbsp chopped parsley
5 tbsps mayonnaise
1 tbsp lemon juice

mix all and keep in the fridge a while.


Black Pepper Sauce
Vege stock
1 tsp blended garlic
1/2 pc big onion - chopped
black pepper sauce
tomato ketchup
salt and sugar to taste
2 tsps flour - dissolved with 2 tbsps water

Without washing the grill pan, pour in vege stock + blended garlic + black pepper sauce + tomato ketchup, bring to boil. Add salt + sugar and the flour mixture. Stir well untik become thicken.



Salam perkenalan kak...
waaaa terliur tu tgk steak yg akak buat tu. Pergghhh buat saya lapar jer ni. Saya ni baru dalam FP ni, jemput-jemputlah yer jenggah2 FP saya di nafiz79 fotopages.
Mon 7-Dec-2009 10:06
Posted by:Fieza nafiz79@yahoo.com.my
salam penyulawa...dah lama tak singgah sini..wauuuu sedap2 la menunya.terliur je nengoknya Mon 7-Dec-2009 17:31
Posted by:kak intan cekintan@yahoo.com.sg  - [Link]
umie... kita pun tak pernah rasa victoria station punya steak... tu yg hantam saja lah...
fieza: salam perkenalan, tq. selamat datang ke dunia FP. akak nipun dah lama tak main posting2 kat FP ni... baru nak start semula
Kak Intan: salam kak intan, selalu ye singgah pondok saya ni? kita dah ziarah rumah kak intan, tak kurang hebatnya. datang sini selalu ye...
Wed 9-Dec-2009 03:36
Posted by:Penyu's Garden penyulawa@gmail.com
View all 4 comments Add comment


Saturday, 5-Dec-2009 17:33 Email | Share | | Bookmark
Dinner 05 Dec 2009

Nasi Kurma Ayam
Pajeri Nenas
Dalca
Today 5th Dec, is Iman's birthday. He turned 11th this year but he is not at home. He is happily holidaying with his Pakcik Saaid and Cik Ina and cousins Syazwan and Amzar. No celebration is made today, wait until everyone together again in KL later. So I need to get ready with the kind of cake he asked - Little Big Planet . Whoaa... he always give some challenge in my baking skills... emmm... this boy...

We miss you Iman!!!

Today's dinner, I prepared as per Mat Rock's request. Any kind of flavoured rice, so I made Kurma Rice with Chicken pieces and befriended with Dalca and Pajeri Nenas. Simple thing... I loikeee


Nasi Kurma Ayam

4 cawan beras basmathi - basuh, rendam 30 minit dan toskan
750 gm ayam - potong kecil dan bersihkan
1 biji bawang besar - mayang
5 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - mayang
2 helai daun pandan - cuci dan simpul
50 gm rempah kurma - jadikan pes (bancuh dgn sedikit air)
4 1/2 cawan air
150 gm yogurt asli
125 gm butter
rempah tumis - kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
garam secukup rasa
2 biji tomato - dadu
1 pokok daun ketumbar - cincang

Panaskan mangkuk periuk letrik di atas dapur, cairkan mentega didalamnya.
Masukkan rempah tumis sehingga wangi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga bawang layu, masukkan rempah kurma dan kacau rata.
Masukkan ayam dan air dan gaul rata. Biarkan mendidih baru masukkan yogurt dan garam. Biarkan ia mendidih sekali lagi baru masukkan beras. Gaul perlahan agar rata.
Alihkan periuk ke periuk letrik. Biarkan nasi masak seperti biasa.
Bila nasi sudah kering, masukkan tomato dan taburkan daun ketumbar. Biar nasi tanak sepenuhnya.
Taburkan bawang goreng sewaktu menghidang.



Pajeri Nenas

1 tin nenas keping - asingkan dari sirap dan potong 4
2 biji cili merah – potong sesuai rasa
5 butir bawang merah - cincang
3 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - mayang
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu kecil udang kering – rendam dan tumbuk lembut
1 sudu kecil biji sawi
1 1/2 sudu besar Cuka
1/2 cawan sirap nenas + 1/2 cawan air
Gula dan Garam secukup rasa

Bahan B - Penumis:
1 batang (anggaran 2 inci) kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Cara menyediakannya:
Tumis B hingga wangi dan masukkan bahan hiris, serbuk kunyit, biji sawi, udang kering dan tumis hingga keperangan.
Masukkan nenas, cili dan campuran sirap, biarkan mendidih.
Masukkan cuka, gula dan garam secukupnya.
Renihkan sebentar sebelum dihidang.



Dalca
Recipe can be found here.


Pengedar Produk kesihatan dan kecantikan, keluaran , D Asi, ,HerbaPrima(Jusmate5,DRII,dll)Cocoa Collagen(untk wanita),Stey Stoo Cafe dan perfume tanpa alcohol like branded.Anda juga boleh menajana pendapatan lumayan dengan menjadi pengedar, untuk info jom singgah at http://qisanni.fotopages.com Fri 15-Jan-2010 06:41
Posted by:unnamed
Add comment


Friday, 4-Dec-2009 19:04 Email | Share | | Bookmark
Pesanan terpinggir

 
 
Gara2 terlupa (simtom orang tua kotttt), dihari raya orang berziarah, kita terperuk kat studio nak siapkan order. Tak banyak pun tp sbb dah setuju kan. Pesanan dari jiran berdepan pintu...



Sambil tu buat roti jugak dah alang2 dok kat studio... roti putih jer, kebetulan ada undangan makan sup tulang lembu korban dirumah MIL seorang teman.




Care to comment?


Thursday, 3-Dec-2009 08:01 Email | Share | | Bookmark
Pulut Kuning

 
 
 



Sesuai sebagai hantaran atau sebagai pengganti kek di majlis pernikahan atau pertunangan.

wah...kretifnya....
menu2 kat bwh tu pun menggoda sukma ku...uhuhuhu
Fri 4-Dec-2009 05:01
Posted by:nuanza  - [Link]
salam..bestnya kalau jadi kawan kak..dapat makan2... Fri 18-Dec-2009 15:01
Posted by:zura mansor zahura_m71@yahoo.com
Add comment


Thursday, 3-Dec-2009 04:14 Email | Share | | Bookmark
Daging Goreng Sate dan Nasi Jagung

Nasi Jagung
 
Sate Goreng
Daging korban yang segar, cooked simple as usual. Main campak2 tetapi rupa2nya menepati citarasa Mat Rock. Memang dia pernah minta dibuatkan sate goreng macam emaknya selalu buat. Kita lak tak sempat bersua ngan MIL... tak tau nak buat ikut kehendak dia... tp kali ni dia kata, sama macam dia makan masakan arwah emaknya dulu... Alhamdulillah...


Daging Goreng Sate

1 kg daging
5 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
3 sudu besar sos tiram
1 sudu teh black pepper
1 sudu besar serbuk kunyit
sedikit gula

Gaulkan semua bahan dan perap lebihkurang 1 jam.

4 sudu besar minyak untuk menumis
2 inci halia - hiris
2 besar sudu gula
garam secukup rasa
2 biji bawang besar - dihiris
3 biji cili merah/hijau - hiris serong
1 pokok daun bawang - potong 1 inci panjang
daun sup - optional

Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan daging perap dan halia hingga daging empuk dengan kuali bertutup. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangus.
Apabila air daging sudah separuh kering, masukkan garam dan gula secukup selera, kacau rata.
Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau rata hingga bawang sedikit layu. Tutupkan api dan masukkan daun bawang, gaul rata.
Taburkan daun sup cincang sewaktu menghidang.


Nasi jagung ni buat dah lama. Sate goreng tu buleh jugak dikawankan dengan nasi ni. Mesti sedap.



Nasi Jagung

6 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
6 cawan air
1 cawan susu cair
2 tongkol jagung - asingkan dr tongkolnya
1 inci halia - mayang halus
1 labu bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - hiris
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga & kayu manis
125 gm minyak sapi (1 tin kecil)
1 cawan sayur campur
1 cawang daging/ayam cincang
1 batang lobak merah parut
2 sudu teh lada putih
garam secukup rasa

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Masukkan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia (masukkan daun pandan jika ada). Tumis hingga. naik bau.
2. Masukkan ayam/daging cincang, kacau rata. Kemudian masukkan jagung dan sayur campur.
3. Masukkan beras dan gaul hingga rata dan sebati. Masukkan air, lada putih, garam dan lobak merah. Gaul.
4. Alihkan periuk letrik. Biarkan nasi masak hingga hampir kering. Tuangkan susu. Taburkan kismis dan gajus jika mahu. Biarkan nasik tanak dan kering sepenuhnya.
5. Sedia untuk dihidang.


*Note
Taburkan dengan bawang goreng, daun bawang dan daun sup yg dihiris.
Boleh dihidang bersama ayam masak merah, dalca dan acar.

Care to comment?


Wednesday, 2-Dec-2009 09:07 Email | Share | | Bookmark
Juadah Hari Raya Haji

Nasi Briyani Dump
Dalca
Jelatah
View all 4 photos...
Dah lama sungguh tak buat entry kat sini. Bukan tak sudi, tapi kadang2 masa terlalu pendek untuk kejar semua. Memang banyak entry yang pending. Entah, dah macam2 aktiviti kita buat sampai lupa mana yang belum di share lagi...

Untuk mengembalikan semangat berFP kembali, kita mulakan dengan deretan juadah hari raya haji baru2 ni. Serba ringkas jer... tak der mood nak mengetupat atau melemangkan diri... kita lari dari kebiasaan kita, mungkin tidak bagi orang lain.

Kali ni menu kita adalah Nasi Briyani Dump (orang sebut DAM) dan rakan2nya... jom layanzzzz....



Mulanya kita nak buat nasi arab tapi rempahnya tidak mencukupi. Korek2 dapur tu ada rempah briyani, tu yang tukar jadi nasi briyani.


Nasi Briyani Ayam

1 ekor ayam – potong kecil dan bersihkan
8 cawan beras basmathi – cuci, rendam 15 minit dan toskan
8 cawan air
2 helai daun pandan – bersihkan dan simpul
100 gm rempah briyani + sedikit air jadikan pes
1 cawan yogurt asli / tairu (susu cair + perahan limau nipis)
2 biji tomato – dadu
1 pokok daun ketumbar
Gajus/kismis (option kalau suka)
Garam secukup rasa

Bahan Tumis
2 biji bawang besar – dimayang halus
5 ulas bawang putih – dihiris halus
1 inci halia – diracik halus/tumbuk
Rempah tumis – buah pelaga, bunga lawang, kayu manis dan cengkih
250 gm minyak sapi

Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan tumis dan goreng hingga wangi. Masukkan daun pandan dan pes rempah gaul rata hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
Masukkan air (boleh tambah sedikit lagi jika mahu) dan biarkan didih menggelegak baru masukkan yogurt. Tunggu hingga mendidih semula.
Masukkan beras yang telah ditoskan airnya. Gaul rata dan masak nasi hingga kering sedikit.
Masukkan tomato, daun ketumbar, gajus dan kismis. Biarkan nasi masak sepenuhnya.


Dalca juga adalah percubaan yang entah keberapa kali tapi Alhamdulillah, kali ini memang menjadi sungguh. Tukang komplen pun bagi 'two thumbs up'... semangat! semangat!


Dalca

300 gm daging
1 cawan kacang dhal – cuci dan rebus hingga empuk
1 biji terung panjang
4 biji terung bulat - potong baji
5 batang kacang panjang
1 biji lobak merah
2 biji kentang
2 biji tomato – belah 4
2 biji cili hijau hiris kasar
1 ½ cawan susu segar
Perahan asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan tumis
2 paket rempah kari - bancuh ngan sedikit air
2 pelepah daun kari
2 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
3 cm halia - dihiris
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
Minyak utk menumis

Cara Menyediakan
Bersihkan daging dan potong kecil-kecil.
Sayur-sayuran di potong mengikut selera.
Rebus kacang dal dan daging sehinga keduanya masak dan empuk.
Masukkan kentang dan lobak dan rebus sehingga empuk dan diikuti terung, kacang panjang dan tomato.
Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan rempah tumis dan diikuti dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan daun kari dan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
Masukkan susu dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.


Jelatah ni sapa pun buleh buat, tak der hal punya kan...


Jelatah

1 batang timun jepun – potong mengikut selera
1 batang kecil lobak merah – hiris memanjang
1 biji tomato - hiris nipis
1 biji bawang besar – hiris
2 biji cili merah – hiris sesuai selera
1 sudu besar udang kering – rendam sebentar dan tumbuk lembut
cuka, garam dan gula secukup rasa

Campurkan semua bahan dan perap selama lebih kurang 15 minit sebelum dihidang.


Pajeri nenas stail macam ni mmg popular di sebelah selatan. Tidak menggunakan rempah. Pertama kali dapat sesuai dengan selera setelah mencuba beberapa kali.


Pajeri Nenas

Bahan A:
1 biji nenas mengkal, kupas dan potong kecil
2 biji cili merah – potong sesuai rasa
1 biji bawang - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 cm halia - dihiris
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu kecil udang kering – rendam dan tumbuk lembut
2 sudu kecil biji sawi
1 1/2 sudu besar Cuka
Air
Gula dan Garam secukup rasa

Bahan B - Penumis:
1 batang (anggaran 2 inci) kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Cara menyediakannya:
Rebus nenas hingga layu. Saringkan airnya.
Tumis B hingga wangi dan masukkan bahan hiris, serbuk kunyit, biji sawi, udang kering dan tumis hingga keperangan.
Masukkan nenas, cili dan sedikit air, biarkan mendidih.
Masukkan cuka, gula dan garam secukupnya.
Renihkan sebentar sebelum dihidang.

Care to comment?


Wednesday, 7-Oct-2009 04:51 Email | Share | | Bookmark
Macam-macam Pedas

sambal hitam pahang
kari sardin
ayam tomato bunga kantan
View all 6 photos...
Lama tak buat N3 kat sini... nak buat parade la rasanya. Maklum la, FP kekadang ok, tp selalu mecapai tahap kelembapan maximum. Semangat berkobar2 nak update terus jer luntur. Actually, kita copy dr blog kita kat sini.

********

Yang ini di panggil Sambal Hitam. Ini resipi orang Pahang. Kalau ada kenduri disana, ia seakan menu wajib untuk dihidang. Sambil makan tu, kita tanya gak cara menyediakan sambal hitam dari suku sakat mat rock. Agak rumit penyediaannya.

Kita cuba buat sendiri dengan berpandukan resipi dari http://myresipi.com


Sambal Hitam Pahang oleh: ieza_beledza
Dari seorang cikgu orang Pahang

Bahan-bahan (5 orang)
500gm belimbing buluh
5 biji bawang merah
15-20 biji cili padi hijau
2 genggam ikan bilis yang telah dibelah
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
rebus belimbing buluh selama 8jam
tumbuk bawang merah dan cili padi hingga lumat
tumbuk ikan bilis separuh lumat
tumis semua bahan yang telah di tumbuk.
masukkanbelimbing buluh yang telah di toskan
masukkan garam dan gula
gaul rata dan biarkan ia kering sedikit.

****************************

Sadin... dah selalu sangat dimasak sambal, kali ni tukar bahan skit. Masak kari. Bahan2nya apa yang ada dalam peti es. Apa yg ada kita guna... Masak pun simple habis, tak banyak kerenah.


Kari Sadin

Tumbuk halia, kunyit, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Panaskan minyak masak dalam kuali. Sementara itu, asingkan sardin dari sosnya.
Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan 1 bungkus serbuk kari ikan. Gaul rata.
Masukkan sos sadin, air dan santan secukupnya, biarkan hingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan sedikit gula.
Masukkan ikan sardin, kacau gaul. Biarkan kuah sedikit pekat dan renehkan seketika.
Hidangkan.

**************************

sambal hitam memang best... kalau dh sesak, makan dgn roti paun pun sedap. Sat 24-Oct-2009 01:21
Posted by:Nadira  - [Link]
1st time dngar nama smbal itam..rasa pun xpenah... Wed 18-Nov-2009 07:35
Posted by:wawa  - [Link]

- Alamtologi
Wed 2-Dec-2009 07:55
Posted by:Alamtologi
View all 8 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.